Ahad, 26 Januari 2014

[ SPM ] Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan


  • Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akandihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.·
  •  Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yangmenunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama
  • Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dandrastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersaranglama di negara kita ini.·
  •  Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan …….· 
  • Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi
  • [ SPM ] Penanda wacana untuk kesimpulan karangan


  • Intihanya
  • Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas·
  •  Konklusinya,·
  •  Dengan ini diharapkan·
  •  Bukan itu sahaja
  • · Mudah-mudahan perkara ini·
  •  Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa·
  •  Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyaallah perkara ini akan …
  • · Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama
  • [ SPM ] Kata-kata hikmat digunakan dalam karangan


    1. sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk butaialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta..
    2.  Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)..
    3.  Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.~Horne. 
    4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu..
    5.  Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita,Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang.
    6.  "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77.
    7.  "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18. 
    8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 
    9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz.
    10.  "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku Habsah Tengku Petera (PresidenKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan).
    11.  "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz. 
    12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat..
    13.  Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.. 
    14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.. 
    15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit
    16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah,hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~Saidina Ali Abu Talib. 
    17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cukamerosakkan madu."
    18.  Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok..
    19.  Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. 
    20. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.(surah Al-Baqarah:214). 
    21. Kekitaan yang erat tiada yang berat.. 
    22. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari
    23.  Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambilwarisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau;adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. -SAIDINA ABU BAKAR 
    24. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatanyang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang..
    25.  Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.. 
    26. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

    [ SPM ] Frasa menarik yang boleh digunakan untuk menulis karangan


    • -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
    • -mendukung kebenaran yang kita sepakati
    • -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
    • -mengambil langkah sederap
    • -menghirup udara hasil kemerdekaan
    • -mengikut acuan sendiri
    • -mengundang kontroversi
    • -menjadi cerucuk utama pembangunan
    • -menjulang negara ke puncak jagat
    • -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
    • -menyambut gamitan menara impian
    • -menyebabkan imej negara tercalar
    •  -menyediakan kursus dan latihan yang relevan
    • -menyembunyikan masalah utama masyarakat
    • -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
    • -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
    • -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
    • -muafakat merupakan inti kepada perpaduan
    • -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
    • -nilai keinsanan yang syumul
    • -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
    • -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
    • -pelbagai cabaran yang bakal menghambat
    • -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
    • -pembentukan masyarakat sakinah
    • -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
    • -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
    • -perlu dibaja kembali
    • -perubahan yang diharap masih belum menjelma
    • -petanda kehancuran generasi
    • -pewujudan masyarakat madani
    • -propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis
    • -kita perlu mengorak langkah
    • -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
    • -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
    • -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
    • -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
    •  -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
    • -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
    • -manifestasi kesanggupan bangsa
    • -manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
    • -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
    • -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
    • -masalah sosial dan susila yang meruncing
    • -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
    • -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
    • -melangkah dengan seribu kekuatan
    • -melontarkan soalan yang cukup penting
    • -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
    • -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
    • -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
    • -membetulkan ketidaktepatan fakta
    • -membimbing mereka memenuhi impian
    •  membina impian masa depan yang lebih gemilang
    • -membongkar kepincangan
    • -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
    • -mempengaruhi minda generasi muda
    • -mempertahankan perasaan saling bersefahaman
    • -mempertingkat dan memperteguh kefahaman
    • -mempraktikkan elemen tolak ansur
    •  -memudaratkan kesejahteraan rakyat
    • -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
    • -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
    • -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
    •  -menampilkan wajah baru yang disulami tekad
    • -menangkis tuduhan yang tidak berasas
    • -mencapai tahap yang mencemaskan
    • -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
    • -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
    • -mendapat perhatian dan liputan media massa
    • -mendepani masa depan yang tidak menentu

    [ SPM ] Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan

    1.  Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu …·
    2.  Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah ….·
    3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.
    4.  Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.·
    5. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. 
    6. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri.· 
    7. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini …·
    8.  Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan..

    Jumaat, 24 Januari 2014

    Definisi jenis/unsur/gaya bahasa

    Definisi jenis/unsur/gaya bahasa

    Asonansi:       
    Pengulangan bunyi vokal yang sama secara berturutan dalam
     satu baris puisi
    Contoh:           Kutahu itu suatu penipuan ( pengulangan vokal u )

    Aliterasi:
    Pengulangan bunyi konsonan yang sama secara berturutan 
    dalam satu baris puisi
    Contoh:           Sekali-kali aku bukan insan penakut ( pengulangan
                            konsonan k )

    Anafora:

    Pengulangan perkataan yang sama di awal baris secara berturut
    Contoh:           Ada kuat tidak buat
                           Ada masa tiada kuasa 

    Alusi:

    Sejenis gaya bahasa perbandingan yang merujuk kepada sesuatu 
    peristiwa atau tokoh besar.
    Contoh:           Kehebatan Abu Bakar
    Kemusnahan perang

    Ambiguiti:

    Sejenis gaya bahasa yang mempunyai pengertian/tafsiran yang lebih 
    daripada satu makna/maksud.
    Contoh:           Pasang
                           Mereka

    Aforisma:
    Kata-kata pujangga/kata-kata hikmat
    Contoh:           Patah tumbuh hilang berganti
    Berpantang maut sebelum ajal

    Apakop:
     Sejenis gaya bahasa/ayat yang menggunakan kata nafi di awal ayat.
    Contoh:           Bukan duit yang diutamakan.
    Tidak bercakap dengan orang ramai. 

    Sinkof: 

    Perkataan yang disingkatkan
    Contoh: ku/mu/kau/tapi/dah/dll.

    Kata ganda/penggandaan kata
    Contoh: guru-guru/murid-murid/tolong-menolong/dll

    Metafora:

    Bahasa perbandingan secara tidak langsung yang menggunakan 
    satu kata konkrit dan satu kata abstrak.
    Contoh: Madu ilmu/sungai maut/dahan bahagia/telaga cinta/bunga damai/dll.

    Personifikasi:

    Bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia/binatang kepada
     benda/objek/suasana mati.
    Contoh: Daun melambai/ombak berlari/malam yang sepi/dll.

    Hiperbola:

    Bahasa perbandingan yang membawa maksud keterlaluan/melampau/
    berlebih-lebihan.
    Contoh: Sejuta jarum halus/tinggi melangit/luas melaut/dll.

    Bahasa perbandingan langsung:

    Sejenis gaya/unsur bahasa yang menggunakan kata kopula/penegas 
    dalam ayat.
    Contoh: Kau adalah ibu pertiwiku/ Malaysia ialah tanah airku/dll.

    Bahasa klasik/lama:
    Contoh: Hatta/sahibul hikayat/syahdan/maka/riwayat/arakian/dll.

    Bahasa istana:
    Contoh: ampun/dipersembahkan/daulat tuanku/ke bawah duli tuanku/ayapan/dll.

    Bahasa asing ( Inggeris/Arab ):
    Contoh: nite club/syiling/virus/sindrom/salam/syukur/tafsir/insya-Allah Taala/dll.

    Bahasa daerah:
    Contoh: inak-inak/merayap mesiu/nanar/beroyat/dll.

    Inversi:

    Pembalikan kata dalam ayat/ayat sonsang/ayat tidak ikut tatabahasa yang betul.
    Contoh: Sunyi malam yang menakutkan/kehebatan tutur bicaranya/dll.

    Pengulangan perkataan/frasa dalam ayat:
    Contoh: Bentayam pun bumi Melaka, Pagoh pun juga bumi Melaka.

    Ayat pendek:
    Contoh: Dia berkahwin di sana/Kita tidak mahu dijajah/dll.

    Simile:

    Bahasa perbandingan yang menggunakan kata-kata bandingan dalam ayat ( seperti/umpama/bagai/bak/ibarat/laksana/dll ).
    Contoh: Hidupnya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang/kata-katanya menghiris tajam bagai sembilu/dll.

    Peribahasa/perumpamaan/bidalan/kiasan:
    Contoh: Seperti si buta kehilangan tongkat/jangan dijolok sarang tebuan/yang pepeh datang melayang, yang bulat datang menggolek/dll.

    Hybrid:

    Dua perkataan yang digabungkan menjadi sepatah kata.
    Contoh: Kotateguh/terima kasih/dll.

    Responsif:

    Pengulangan perkataan yang sama di tengah baris/ayat secara berturut.
    Contoh: Asalkan bergaya itulah kaya
                 Asalkan berkilat itulah intan

    Epifora:

    Pengulangan perkataan yang sama di akhir baris/ayat secara berturut.
    Contoh: Susah buatan sendiri
                 Akhirnya menyesal diri sendiri

    Diftong:

    Gabungan dua huruf vokal menjadi satu bunyi dalam perkataan.
    Contoh: Kuala/piala/harimau/gua/dll.

    Simbol/imej/perlambangan
    Contoh: ombak/kapas/merpati//neraka/darah/bunga/bulan/dll.

    Diksi tepat/menarik/berkesan:
    Contoh: rincis/menggapai/meratah/senggara/fenomena/flora/fauna/pawana/dll.

    Alkais/klise:

    Bahasa/perkataan usang yang hampir pupus kerana jarang sekali digunakan.
    Contoh: Ilmu hisab/tawarikh/khutub khanah/kolah/ilmu alam/dll.

    Satira

    Bahasa/ayat yang membawa maksud sindiran/mengenakan seseorang.
    Contoh: Janda mata duitan itu/perempuan ibu ayam/ayam menang kampung tergadai/dll.

    Kontradiksi/paradok:

    Bahasa/ayat yang membawa maksud berlawanan/berlainan dengan maksud asal.
    Contoh: Aku ketawa dalam kesedihan/hidupnya kaya dengan kemiskinan/dll.

    Dialog:

    Perbualan/percakapan lebih daripada seorang watak/pelakon.

    Bahasa berirama/runs:
    Contoh: Yang buta datang bertongkat, yang kurap memikul buluh, yang pekak memasang   meriam. Hebat nabi kerana mukjizat, hebat manusia kerana muafakat. Bulat manusia kerana muafakat bulat air kerana pembentung. Ke gunung sama di daki ke lurah sama dituruni. Hati kuman sama dicecah hati gajah sama dilapah/dll.

    Bahasa melankolik:

    Bahasa/ayat yang membawa maksud sedih/pilu/terharu/hampa/kecewa/sayu.
    Contoh: Si pengemis itu menitis air mata mengenangkan nasib malang dirinya yang sebatang kara/Bagiku dalam hidup ini tidak ada lagi rasa gembira kerana yang selebihnya ialah kesedihan dan penderitaan/dll.

    Khamis, 23 Januari 2014

    Nilai dan Pengajaran ( Kabus di perbukitan )

    PENGAJARAN


    Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca.  Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah kita hendaklah berusaha gigih dan tidak terlalu bergantung kepada kerjaya makan gaji. Contoh terbaik dalam novel ini ialah Rahayu dan Azrul. Mereka tidak langsung mengharapkan kerja makan gaji setelah tamat pengajian di universiti. Sebaliknya mereka merancang untuk bekerja sendiri dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namum Azrul tetap meneruskan hasratnya dengan memulakan penternakan kambing. Berkat usaha gigihnya dia telah berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya dan dianugerahkan sebagai paladang jaya dan gelaran datuk.

    Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Pengajaran ini digambarkan oleh watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin. Salmah menunaikan tanggungjawabnya membesarkan Faridah walaupun dia merupakan ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula rasa bertanggungjawab terhadap anaknya Faridah yang telah lama ditinggalkan. Rasa tanggungjawab itu begitu mendalam setelah dia menerima berita kehilangan Faridah selepas van yang dipandu Faridah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Atas rasa tanggungjawab itu dia berusaha masuk ke dalam hutan bersama Buyung untuk mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal

    Kita haruslah rajin menuntut ilmu memahirkan dan memajukan diri sendiri. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Azrul. Dia amat mementingkan ilmu dalam mengusahakan sesuatu. Dengan ilmu yang ditimba di UPM, dia bercita-cita untuk memulakan perniagaan berasaskan pertanian bersama Rahayu. Setelah menamatkan pengajian dia memulakan penternakan kambing walaupun Rahayu telah tiada. Manakala selepas 25 tahun, anaknya Zain telah dihantar ke New Zealand untuk mengikuti pengajian dalam bidang pertanian. Dia mahu Zain menimba ilmu dan kemahiran sebanyak mungkin dalam bidang pertanian agar dapat menggantikannya menguruskan ladang dengan labih baik.

    Setiap ahli masyarakat hendaklah mempunyai semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Pengajaran ini digambarkan oleh ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai komuniti untuk mencari dan menyelamat Faridahyang didapati hilang selepas van yang dipandunya terjunam ke dalam gaung semasa dia memandu dari Bukit Fraser ke Raub. Kerjasama bukan sahaja daripada agensi kerajaan seperti polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan  Jabatan Perhutanan malah turut disertai oleh masyarakat kampung dan  masyarakat orang Asli.

    Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Salmah dalam menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin. Dia mengerjakan sawah padi seorang diri untuk menyara hidupnya bersama Faridah. Mejar (B) Kamarudin tidak pernah bertanya khabar tentang mereka. Demikian juga dengan Faridah yang tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan hidup. Semangatnya ternyata kuat semasa dia hilang dan sesat di dalam  hutan. Dia juga tabah menghadapi kehilangan ahli keluarga bermula daripada adik kembarnya Rahayu, ibu dan kemudian suaminya Ghazali.

    Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah menerima takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Faridah menyerah dirinya dan sedia menerima apa sahaja ketentuan Allah terhadapnya setelah dia bermimpi dan terjaga pada awal pagi. Dia juga meyerahkan kepada takdir Allah semasa van yang dipandunya tidak dikawal dan terjunam ke dalam gaung. Demikain juga dengan Rahayu. Dia menyerahkan takdir dirinya yang menghidap kanser kepada takdir Allah. Dia menerima takdir bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia dan keluarga pada suatu hari. Dia tidak pernah menunjukkan kesedihan dan ketakutan dengan takdirnya.

    Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong walaupun berlainan bangsa dan agama. Pengajaran ini dapat diperhatikan oleh pembaca melalui tindakan masyarakat orang Asli yang diketuai oleh Tuk Batin Senik yang menyemalatkan Faridah dan Iqbal apabila mereka mendapati Faridah dan Iqbal merayau-rayau di tepi Sungai Dua. Kepada Faridah terhantuk pada batu menyebabkan Faridah koma. Tok Batin Senik cuba memulihkan Faridah menggunakan caranya. Faridah hanya sedar beberapa ketika sahaja. Faridah terus dijaga di rumahnya sehinggalah Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ. Mereka suami isteri juga menjaga Iqbal dengan baik.

    Sebagai orang Islam, kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Sikap ini ditunjukkan oleh kesedaran Benny dan Melina sendiri yang selama ini tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan baik. Perkenalan Benny dengan Ustaz Hassan Syukri digunakan oleh Benny dan Melina untuk memperteguhkan iman mereka. Nasihat daripada Ustaz Hassan Syukri. Demikian juga jiran mereka di Marang iaitu haji Awang. Benny dan Melina banyak menerima nasihat dan pengajaran daripada Haji Awang sepanjang mereka berjiran. Benny dan Melina sedar tentang kesilapan mereka meneguk arak sebelum itu.

    Selain daripada itu, sebagai seorang warganegara kita mestilah sentiasa setia setia terhadap negara serta mempunyai jati diri yang kental. Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui watak Faridah. Walaupun sudah 25 tahun dia tinggal di New Zealand, namun dia masih mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Malah dia sentiasa ingin pulang ke kampungnya. Lebih daripada itu dia tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatannya. Demikian juga dengan Datuk Azrul. Dia menasihatkan anaknya Zain agar pulang juga ke kampung halaman walaupun ke mana sahaja Zain merantau.

    Seseorang penganut agama Islam kita hendaklah mempertahankan maruah agama dan sedia berjihad untuk memartabatkannya. Pengajaran ini digambarkan oleh Mohamed Attar dan Benny. Mohamed Attar berjuang mempertahankan dan memartabatkan agama Islam daripada musuh Islam iaitu Amerika Syarikat dan Israel. Dia cuba mendapatkan sokongan Benny dan Ustaz Hassan Syukri untuk turut serta dalam perjuangannya. Namun dia berjihad dengan cara mengangkat senjata menyebabkan dia diburu dan ditangkap kerana melakukan keganasan. Dia membawa sejumlah bom untuk meletupkan kepentingan Amerika.

    Kita hendaklah menjaga alam sekitar dan alam semulajadi agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Sikap ini ditunjukkan oleh  Azrul semasa menuntut di UPM. Dia menyertai NGO yang mengadakan kempen cintai sungai di KLCC untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sumber air bersih kepada manusia. Semasa mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Loging bersama Soleh Johnsons,  mereka cuba mengelak daripada menebang pokok-pokok bernilai tinggi yang terdapat di tapak projek mereka walaupun terpaksa menanggung kos yang tinggi.

    NILAI

    Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak serta  kasih sayang kepada saudara. Salmah begitu sayang kepada anaknya Rahayu sehingga perasaannya sayu apabila Rahayu pulang ke rumahnya dalam keadaan yang begitu kurus. Perasaannya juga tertekan apabila Rahayu meninggal dunia sehingga dia melawat kubur Rahayu sebanyak dua kali sehari. Demikian juga dnegan Rahayu. Dia begitu sayangkan kakak kembarnya Faridah. Dia ingin bertemu dengan Faridah sebelum dia meninggal dunia.

    Pada diri watak Salmah dan Mejar (B) Kamarudin terdapat nilai janggungjawab terhadap anak-anak.  Salmah menjalankan tanggungjawabnya membesarkan Faridah dalam keadaan sukar sebagai ibu tunggal. Manakala Mejar (B) Kamarudin menyedari tanggungjawabnya terhadap Faridah di telah diabaikannya sejak berkahwin dengan Hamidah. Atas rasa tanggungjawab itu dia nekad untuk masuk ke dalam hutan dan mencari Faridah setelah usaha pasukan penyelamat gagal mengesan Faridah setelah dua minggu menjalankan operasi.

    Nilai tolong-menolong juga diselitkan oleh pengarang dalam novel ini. Semasa Faridah hilang selepas van yang diu pandunya terbabas dan terjunam ke dalam gaung, terdapat juga masyarakat orang Asli dan masyarakat kampung yang menawarkan bantuan untuk turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat. Masyarakat orang Asli di Sungai Dua pula telah menolong menyelamatkan Faridah dan Iqbal semasa Faridah dan Iqbal merayau-rayau di Sungai Dua. Mereka menjaga Faridah sehingga Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ dan membawa Faridah dan Iqbal keluar dari perkamopungan tersebut.

    Watak Salmah dan Faridah juga menggambarkan nilai ketabahan dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Salmah tanah mengharungi hidupnya bersama Faridah yang ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin. Dia bekerja seorang diri di sawah untuk mendapatkan rezeki dan membesarkan Faridah. Faridah pula tabah menghadapi pemergian ahli keluarganya bermula daripada Rahayu, ibunya dan kemudian suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Hasil daripada ketabahannya dia telah mendapat kebahagiaan setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons.

    Nilai kegigihan pula dapat diperhatikan pada watak Azrul. Sejak masih menuntut di UPM dia dan Rahayu bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian. Dia tetap meneruskan cita-citanya walaupun Rahayu telah meninggal dunia. Dia mendapat modal daripada ayahnya dan memulakan usaha menternak kambing. Dia berusaha gigih hingga berjaya memajukan bidang pertanian di kampungnya. Hasilnya dia telah dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Selepas 25 tahun, dia bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan projek agropelancongan di Tenah Tinggi Loging. Berkat kegigihannya projek itu Berjaya dan berkembang.

    Nilai cinta pula diselitkan oleh pengarang melalui watak remaja dalam novel ini. Azrul dan Rahayu bercinta semasa menuntut di UPM. Mereka merancang untuk berkahwin dan memulakan perniagaan bersama-sama. Namun hasrat mereka tidak kesampaian kerana Rahayu meninggal terlebih dahulu akibat kanser. Hubungan cinta juga dapat diperhatikan daripada watak Melina dan Benny. Mereka berkenalan dalam masa yang singkat. Benny jatuh dinta dan terus mengajak Melina berkahwin. Demi cinta Melina menurut ke masa sahaja Benny pergi. Demikian juga dengan Zain dan Anne. Mereka berkenalan semasa menuntut di universiti. Mereka bercinta dan mendirikan rumahtangga. Upacara perkahwinan diadakan di kampung halaman Faridah.

    Pengarang telah menyelitkan beberapa watak berbangsa Arab yang menggambarkan nilai keberanian dalam diri mereka. Watak Mohamed Attar mempunyai semangat yang kental untuk mempertahankan maruah agama Islam. Dalam usaha mempertahankan agama Islam dihina oleh masyarakat Barat, Mohamed Attar dengan berani mempertaruhkan nyawanya untuk berjihad. Dia merancang untuk meletupkan beberapa kepentingan Amerika dengan tujuan melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Namun dia ditangkap kerana kegiatan tersebut adalah satu bentuk keganasan.

    Pembaca juga dalam mengesan nilai jati diri dan patriotik yang tinggi dalam diri watak. Faridah sangat sayang akan negara Melaysia walaupun sudah 25 tahun berada di New Zealand. Dia sentiasa mengingati dan merindui kampung halamannya di Sungai Besar. Dia juga tidak pernah memohon untuk membatalkan kerakyatan negara Malaysia. Akhirnya dia dapat pulang apabila anaknya berkahwin dengan anak Datul Azrul, bekas kekasih adik kembarnya Rayahu. Dia dan suaminya Soleh Johnsons telah menetap di Cameron Highland.

    Teknik Plot ( kabus di perbukitan )

    TEKNIK


    A) TEKNIK PLOT

    Secara umumnya boleh disimpulkan bahawa perkembangan plot utama novel Kabus di Perbukitan ini mengikut kronologi iaitu mengikut perkembangan masa secara teratur. Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang selama dua minggu. Adik kembarnya Rahayu pula menghidap kanser. Mereka berjumpa di hospital tanpa bertentang mata. Faridah kehilangan Rahayu kemudian ibu dan suaminya. Dia tertekan dan berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnsons. 25 tahun kemudian, dia kembali ke kampung halamannya yang dirindui selama dia berada ni New Zealand. Anaknya Melina berkahwin dengan Benny dan berhijrah ke Malaysia. Begitu juga dengan Anne. Dia telah berkahwin dengan Zain yang berasal dari kampung yang sama dengan Faridah. Faridah kemudiannya menetap di Cameron Highland. Cuma terdapat beberapa bahagian kecil imbas kembali yang membolehkan pembaca mengetahui sejarah hidup Faridah.

    Dalam novel Kabus di Perbukitan ini, terdapat beberapa teknik plot yang digunakan oleh pengarang menjadikan novel ini lebih menarik walaupun plotnya mengikut kronologi. Terdapat tiga teknik plot utama dalam novel ini. Teknik plot pertama yang dapat dikesan dalam novel ini adalah teknik imbas kembali. Pengarang meneritakan beberapa peristiwa kecil di beberapa tempat sepanjang plot novel ini.  Antara teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel ini ialah imbas kembali kisah pertemuan Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah di Calet Seri Buana di Pengkalan Balak. Pertemuanini membawa mereka ke jinjang pelamin. Tidak lama kemudian Mejar (B) Kamarudin berkenalan dan berkahwin pula dengan Hamidah ketika bertugas di Pengkalan Hulu dan seterusnya mengambil Rahayu tinggal bersamanya. Selain daripada itu pengarang menggunakan teknik imbas kembali untuk menceritakan peristiwa pertemuan Salmah dengan Rahayu ketika Rahayu dihantar oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumahnya. Rahayu ingin pulang dan merasai kehidupan dengan ibu yang selama ini dirinduinya. Tubuh Rahayu yang begitu kurus menambahkan lagi rasa sayu Salmah terhadap anaknya itu. Dia sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Salmah juga menyediakan kuih ibu ketuk kegemaran Rahayu.

    Pengarang juga menyelitkan sedikit teknik imbas muka dalam novel ini. Antaranya imbas muka yang dibayangkan oleh Faridah saat van yang dipandunya tidak dapat dikawal lagi dan akan terjunam ke dalam gaung. Dia membayangkan keadaan dan perasaan ibunya menerima jenazahnya nanti. Dia membayangkan perasaan ibunya penuh sayu. Demikian juga imbas muka yang dibayangkan oleh Rahayu semasa dia berada di hospital apabila dia mengetahui pesakit bersebelahan katilnya telah meninggal dunia. Apabila  dia melihat katil di sebelahnya dikemaskan oleh jururawat, dia juga membayangkan katilnya akan dikemaskan demikian rupa suatu hari nanti. Semasa katilnya dikemaskan, orang di sebelah katilnya pula akan akan merasa seperti apa yang dia rasakan ketika itu. Imbas muka juga terdapat pada halaman 53 apabila Rahayu membayangkan hubungannya dengan Azrul. Rahayu membayangkan kepada Azrul bahawa cinta mereka akan menjadi kenangan yang indah bagi Azrul. Dia tidak akan mempu melalui semua sesi rawatan yang disediakan. Dia akan pergi juga pada satu hari nanti.

    Selain daripada teknik di atas, pengarang juga menggunakan sedikit teknik suspens dalam novel ini. Pembaca berasa suspens dengan peristiwa kemalangan jalan raya yang dialami oleh Faridah kerana Faridah didapati hilang dan tidak dapat dijejaki oleh pesukan pencari dan penyelamat. Perasaan suspens juga dirasai oleh watak dalam novel seperti Ghazali, Sarjan Yusoff dan lain-lain. Pelbagai andaian telah dibuat tentang kehilangan Faridah dan Iqbal termasuklah kemungkinan angkara binatang buas dan komunis. Perasaan suspens terus dirasakan sehinggalah Faridah dan Iqbal ditemui oleh Mejar (B) Kamarudin di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Selain daripada itu pembaca juga berasa suspens terhadap pertemuan Rahayu dengan Faridah. Rahayu sedang menderita kerana kanser dan Faridah pula hilang di dalam hutan. Dalam keadaan itu, apakah mereka sempat bertemu sebelum Rahayu menghembuskan nafas terakhirnya. Persoalan itu  terjawab apabila Rahayu dapat menatap wajah Faridah di hospital sebelum Rahayu meninggal dunia.  

    Teknik kejutan juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Pengarang menggunakan teknik ini dalam persitiwa yang melibatkan Melina dan Benny. Satu kejutan apabila Benny meninggalkan rumahnya secara tiba-tiba setelah menerima satu email yang mengejutkan. Peristiwa itu membentuk satu anak plot dalam novel ini. Pembaca juga terkejut apabila mendapati Benny terlibat dengan kegiatan haram dan pengganas yang diwakili oleh Mohamed Attar. Dia melarikan diri dan akhirnya mendapat perlindungan kerajaan Dubai. Pembaca juga mengalami kejutan apabila Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah. Pembaca berasa demikian kerana mereka tidak sempat bertemu dan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam. Mereka hanya bertemu di alam psikik yang memberikan isyarat mereka akan berpisah. Pembaca tidak menyangka mereka akan berpisah begitu cepat seperti itu.      

    Satu lagi teknik menarik yang digunakan oleh pangarang dalam novel ini ialah teknik mimpi atau teknik bawah sedar. Teknik ini digarapkan oleh pengarang melalui watak Faridah. Melalui teknik ini pembaca didedahkan dengan kisah atau peristiwa semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Semasa Faridah dan Oqbal sesat di dalam hutan, mereka telah sampai ke Bukit Kutu dan bermalam di rumah Tuan Cecil Renking. Dia menikmati pemandangan dan suasana rumah percutian pegawai Inggeris di sana dengan keadaan dingin dan berkabus. Sebenarnya kawasan rumah rehat itu sudah ditinggalkan dan hanya terdapat tapak bangunan sahaja. Semasa Faridah berhalusinasi atau mengembara di bawah sedar juga, dia telah pergi ke pekan Sungai Kubu. Di situ Faridah telah menyaksikan aktiviti melombong dan mengangkut bijih timah serta aktiviti perniagaan yang dipelopori oleh kaum Cina dan Melayu. Dia juga dalam menyaksikan kegiatan penagihan candu dalam kalangan pelombong Cina.



    B) TEKNIK PENCERITAAN

    Sebagaimana novel konvensional yang lain, novel ini juga menggunakan taknik penceritaan yang yang utama iaitu teknik pemerian. Perlukisan latar, peristiwa termasuklah watak dan perwatakan telah dijelaskan oleh pengarang secara langsung. Contohnya sejak awal cerita pengarang telah menggambarkan perwatakan Rahayu sebagai seorang pelajar universiti. Dia bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang sepatutnya dihantar pada sebelah paginya. Demikian juga gambaran latar tempat di Bukit Fraser dengan cuaca yang dingin dan berkabus pada waktu pagi. Burung-burung berterbangan dan monyet bergayutan pada pokok hutan. Kemudian pengarang menggambarkan keadaan yang menyebabkan van yang dipandu Faridah berpusing-pusing dan kemudian menjunam ke dalam gaung. Pengarang juga menceritakan tentang sejarah hidup Mejar (B) Kamarudin yang berkenalan dan berkahwin dengan Salmah. Kemudian dia berkahwin pula dengan Hamidah dan meninggalkan Salmah. Terdapat banyak lagi gambaran menggunakan teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini.

    Selain daripada teknik pemerian, teknik dialog juga digunakan oleh penulis dengan meluas dalam karya mereka. Dalam novel ini  pengarang telah menggunakan teknik ini dengan meluas untuk menggambarkan perasaan dan perwatakan seseorang. Contohnya melalui dialog antara Rahayu dengan Azrul. Melalui dialog itu pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan mereka yang berhasrat untuk berdikari setelah menamatgkan pengajian kelak. Mereka bercadang untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian bersama-sama.  Selain daripada itu, dialog antara Melina dan Benny membolehkan pembaca mendapat gambaran tentang perwatakan Benny. Pembaca mendapat gambaran bahawa pegangan agama dalam diri Benny. Walaupun dia berketurunan Arab yang beragama Islam, tetapi keimanannya tidak kuat. Dia hanya terbiasa dengan makanan halal tetapi dia suka meminum minuman keras malah merasakan minuman itu lebih nikmat.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
    Dalam novel ini juga pengarang menggunakan sedikit teknik monolog. Monolog dalaman dapat diperhatikan dengan jelas pada halaman 12. Pada saat berlakunya kemalangan dan keretanya tidak dapat di kawal lagi, Faridah telah bermonolog dalam dirinya tentang nasib yang akan menimpa diri dan perasaan sedih ibunya semasa menerima jenazahnya nanti. Dalam monolog dalamannya Faridah memohon ampun daripada ibunya terhadap dosa selama ini. Dia juga memohon ampun daripada Allah dan bertawakal tentang nasib yang akan menimpanya. Dia redha menerima ketentuan-Nya. Pada halaman 118 Faridah sekali lagi bermonolog dalam dirinya setelah bangkit dari tidur. Dia bermimpi tentang kehadiran Ayu dengan wajah yang jernih menggamit ibunya. Dalam monolog dalaman semasa memulakan solat,  dia berserah dirinya kepada Allah dan menerima segala ketentuan-Nya. Manakala monolog luaran dapat diperhatikan oleh pembaca pada halaman 119.  Selepas solat  Subuh Faridah ke dapur untuk memasak nasi lemak dan sambal bilis kegemaran ibunya. Faridah bermonolog apabila mendapati ibunya lewan bangun, “Lewat mak bangun, selalunya tidak begini.”

    latar tempat , masa dan masyarakat ( Kabus di perbukitan )

    LATAR


    A) LATAR TEMPAT

    Secara umumnya sebagaian besar peristiwa dalam novel ini berlaku di beberapa tempat di semenanjung Malaysia. Tempat yang utama ialah Sungai Besar di Selangor. Sungai Besar merupakan kampung halaman Faridah dan ibunya Salmah. Di situ Faridah dibesarkan oleh ibunya Salmah hingga dewasa. Di tempat itu juga dia telah terpisah dengan adik kembarnya Rahayu kerana telah diambil oleh ayahnya dan dibawa ke Indonesia semasa ayahnya bertugas di sana. Bebarapa peristiwa berlaku di sini termasuklah kepulangan Rahayu dalam keadaan sakit selama beberapa hari untuk hidup bersama ibunya Salmah. Salmah pula menderita setelah Rahayu meninggal dan sering melawat kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Tidak berapa lama, Salmah meninggal di tempat ini diikuti oleh suami Faridah iaitu Ghazali. Selepas kematian itu Faridah telah meninggalka kampung halaman ini. Dia merantau ke New Zealand  selama dua puluh lima tahun. Faridah kembali semula ke Sungai Besar apabila anaknya Anne bertemu jodoh dengan anak Azrul.

    Peristiwa penting juga berlaku di Bukit Fraser. Faridah terlibat dengan satu program bersama dengan anak-anak istimewa. Faridah memandu van dari tempat penginapannya menuju ke Raub. Semasa memandu dia telah dikejutkan oleh Iqbal yang menaiki van itu tanpa pengetahuanna. Brek ditekan tiba-tiba dan van yang dipandunya berputar dan menjunam ke dalam gaung. Satu perkara yang pelik ialah Faridah dan Iqbal hilang tanpa dapat dikesan. Ayah Faridah iaitu Mejar (B) Kamarudin telah tiba ke tempat ini setelah dimaklumkan tentang kehilangan Faridah. Pasukan penyelamat telah mengambil masa selama dua minggu untuk mengesan dan mencari mereka. Akhirnya mereka gagal dan membuat keputusan untuk menghentikan operasi. Namun siasatan akan diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes orang  hilang.

    Penulis novel ini juga menggambarkan keadaan dan suasana Bukit Tuku semasa era kolonial. Ia digambarkan melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat selepas kemalangan yang berlaku. Dalam keadaan perjalanan yang tidak tentu haluan itu Faridah telah berhalusinasi tentang dirinya yang berada di Bukit Tuku. Ia merupakan salah satu kawasan tanah tinggi yang menjadi tempat penjajah Inggeris mendirikan rumah rehat dan menghabiskan masa cuti di situ. Faridah terjaga pada waktu pagi dan mendapati dirinya dan Iqbal berada dalam sebuah bilik. Dia dijemput untuk minum bersana Tuan Cecil Renking. Keadaan pada pagi itu berkabus dan dingin. Berdasarkan gambaran Tuan Cecil Renking, di Bukit Tuku terdapat beberapa buah rumah penginapan dan terdapat sebuah kolam renang. Semasa Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di situ, mereka hanya mendapati tapak bangunan tinggalan penjajah.

    Latar tempat beralih pula ke pekan Sungai Kubu. Tempat ini juga muncul dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa dia masih sesat di hutan. Di tempat ini dia masih lagi berada pada era colonial. Dia bersama orang gaji Tuan Cecil Renking iaitu Siti Amat keluar ke pekan. Pengarang menggambarkan latar pekan Sungai Kubu  melalui sudut pandangan Faridah. Faridah dapat melihat hanya dua belas buah kedai. Empat daripadanya kepunyaan orang melayu Rawa dan Mandailing. Selebihnya kepunyaan kaun Cina. Faridah juga dapat melihat urusan pengumpulan dan pengeluaran bijih timah melalui jalan sungai. Cukai dikenakan untuk bijih yang dikeluarkan. Faridah juga dapat melihat pelombong-pelombong Cina menghisap candu. Pengarang juga menggambarkan Tuan Cecil Renking membunuh buaya yang mengganas dan pernah membaham anak Induk Bertuah.

    Faridah sesat dan berjalan bersama Iqbal hingga ke Sungai Dua. Di situ terdapat sebuah perkampungan orang Asli. Faridah dan Iqbal telah diselamatkan oleh orang Asli dan tinggal di rumah Tok Batin Senik. Di situ Faridah telah koma kerana kepalanya terhantuk pada batu di tepi sungai. Melaui racauan Rayahu, Faridah kelihatan sedang mandi di sungai di kampung berkenaan. Gambaran itu mendaji panduan kepada Mejar (B) Kamarudin pergi ke perkampungan tersebut untuk mencari Faridah. Bantuan helikopter sampai dua jam kemudian dan Faridah serta Iqbal dibawa keluar. Mereka terus dibawa ke hospital.

    Hospital Kuala Lumpur merupakan satu lagi latar tempat yang tidak kurang pentingnya dalam  novel ini. Di situlah tempat pertemuan Faridah dan Rahayu sejak mereka berpisah ketika berumur tujuh tahun. Faridah yang koma di bawa ke hospital dan Rahayu menemuinya di situ. Mereka juga dapat bertemu dalam alam psikik mereka apabila Rahayu memegang erat tangan Faridah. Dalam pertemuan itu Rahayu merayu Faridah pulang untuk bersama ibu mereka kerana sudah sampai masanya untuk dia pergi. Serentak dengan itu Faridah sedar dan menjerit menyebut nama Rahayu. Manakala jururawat mendapati rahayu telah meninggal dunia.

    Selepas 25 tahun, latar tempat berpindah ke New Zealand. Faridah telah berhijrah ke sana setelah suaminya Ghazali meinggal. Di sana Faridah telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurnaiakan dua orang anak iaitu Melina dan Anne. Mereka tinggal di Rosewood di daerah Christchurch. Terdapat ladang ternak biri-biri yang diusahakan oleh Soleh Johnsons. Zain pernah bekerja di ladang itu secara sambilan ketika musim cuti semester. Antara peristiwa penting di situ ialah perkenalan antara Zain dengan Anne. Perkenalan itu membawa kepada perkahwinan. Zain yang juga berasal dari kampung yang sama dengan Faridah membolehkan Faridah melawat kampung halamannya di Sungai Besar semasa majlis perkahwinan. Melida pula berhijrah ke Auckland dan berkenalan dengan Benny. Mereka juga telah berkahwin dan Melina telah berhijrah ke Malaysia mengikut suaminya bekerja di syarikat minyak di Marang, Terengganu.

    Latar tempat yang terakhir dalam novel ini ialah Cameron Highland. Faridah dan Soleh Jonhsons menginap di situ dan menunggu rombongan keluarga Zain untuk berbincang tentang perkahwinan Anne. Pertemuan dengan keluarga Zain telah membuatkan kenangan lalu datang kembali dalam ingatan Faridah apabila mengetahui bapa Zain iaitu Datuk Azrul adalah bekas kekasih Rahayu. Faridah meluahkan perasaannya rindunya pada kampung halaman kepada Datuk Azrul. Solah Jonhsons kemudiannya membeli rumah di Cameron Highland dan tinggal di situ. Soleh dan Datuk Azrul bekerjasama mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing berhampiran Tanah Tinggi Cameron.




    B) LATAR MASA

    Terdapat tiga zaman yang  jelas dalam novel. Jika diperhatikan mengikut urutan masa, pembaca dapat mengesan latar zaman kolonial atau zaman pemerintahan penjahah British di negara ini. Zaman ini digambarkan oleh pengarang melalui teknik halusinasi watak Faridah ketika dia dan Iqbal sesat di dalam hutan. Faridah sesat dan berhalusinasi hingga ke Bukit Kutu. Di sana Faridah dapat melihat kehidupan pegawai British pada tahun-tahun 1990-an. Pada masa itu pegawai-pegawai British suka menghabiskan masa di tempat peranginan yang berhawa sejuk yang tidak jauh bezanya daripada negara mereka. Faridah dapat melihat kehidupan salah seorang pegawai British iaitu Tuan Cecil Renking di rumah tumpangannya di Bukit Kubu. Bentuk rumah dan susunan perabot sememangnya mengikut reka bentuk dan susunan Inggeris. Selain daripada itu, Faridah juga dapat menyaksikan kegiatan ekonomi pada era 1900-an. Antara aktiviti ekonomi utama pada masa penjajah ialah aktiviti perlombongan bijih timah dan perniagaan runcit. Dalam halusinasi itu juga Faridah telah berkunjung ke pekan Sungai Kubu. Faridah dapat melihat pekerja-pekerja lombong yang ketagih andu dan kerja-kerja memunggah bijih melalui jalan sungai.

    Berdasarkan perkembangan watak Faridah, pembaca juga dapat mengesan pembahagian masa atau zaman dengan jelas. Bahagian pertama ialah zaman 25 tahun yang lampau. Pada masa itu Faridah merupakan seorang remaja bersama adik kembarnya Rahayu dan Azrul yang masih menuntut di universiti. Antara perstiwa penting pada zaman itu ialah peristiwa kehilangan Faridah setelah kemalangan berlaku di Bukit Fraser. Manakala adik kembar Faridah iaitu Rahayu pula menghidap penyakit kanser. Dua peristiwa itu telah menemukan kembali dua beradik kembar yang telah berpisah sejak berumur tujuh tahun. Namun mereka tidak sempat bertentang mata kerana Rahayu menemui Faridah di hospital dalam keadaan koma. Dua saudara kembar itu hanya sempat bertemu dalam alam psikik mereka. Rahayu merayu kakaknya Faridah pulang kerana sudah sampai masanya dia akan pergi meninggalkan ibu. Selepas itu Faridah telah sedar dan menyaksikan Rahayu dan sudah m eninggal di sisinya. Pada masa ini juga Faridah menyaksikan penderitaan ibunya yang sakit dan rindukan Rahayu. Dia menjaga ibunya Salmah hingga ibunya meninggal ketika dia mengejutkan ibunya untuk solat Subuh. Tidak lama kemudian suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Faridah sebatang kara dan berhijrah ke New Zealand.

    Pada bahagian kedua novel ini memaparkan peristiwa yang berlaku pada zaman kedua iaitu selepas 25 tahun  Faridah berhijrah ke New Zealand. Antara peristiwa penting pada bahagian kedua ini ialah peristiwa perkenalan anak Faridah iaitu Melina dengan Benny. Mereka kemudiannya berhijrah ke Malaysia kerana Benny bertugas di sebuah syarikat keluarga yang berpejabat di Terengganu. Perkenalan dan perkahwinan adik kembar Melina iaitu Anne dengan Zain telah mengubat rindu Faridah pada kampung halaman setelah 25 tahun berlalu. Zain yang berasal dari kampung yang sama dengannya telah memberi kesempatan untuk Faridah melawat kampung halaman dan rumah yang telah 25 tahun ditinggalkannya. Akhirnya Faridah dan suaminya Soleh Johnsons membuat keputusan untuk menetap di Cameron Highland. Mereka membeli rumah di situ. Soleh Johnsons berkerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan projek agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.



    C) LATAR MASYARAKAT        

    Pada umumnya masyarakat yang melatari novel ini ialah masyarakat Melayu yang hidup di perkampungan atau luar bandar.  Mereka diwakili oleh watak utama iaitu Faridah dan ibunya Salmah serta Azrul. Salmah menyara hidupnya bersama Faridah dengan mengerjakan sawah padi. Salmah terpaksa berdikari setelah dia ditinggalkan oleh Mejar (B) Kamarudin telah telah berkahwin dengan wanita lain. Salmah mengerjakan tanah sawah itu hingga ke akhir hayatnya dengan dibantu oleh Faridah. Berlainan dengan Azrul yang mendapat pendidikan tinggi. Dia memilih untuk menjadi petani setelah menamatkan pengajian. Dia memulakan usaha menternak kambing. Hasil usaha gigihnya dia dapat memajukan bidang pertanian di kampungnya hingga dia dianugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk.

    Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat asing iaitu masyarakat Inggeris. Masyarakat ini terbahagi  kepada dua golongan iaitu masyarakat Inggeris yang terdiri daripada orang British yang diwakili oleh Tuan Cecil Renking. Golongan ini hadir dalam novel melalui halusinasi Faridah semasa dia sesat di dalam hutan. Golongan ini datang dan menjajah serta mentadbir negara ini. Selain daripada itu mereka mengambil hasil bumi seperti bijih timah. Mereka juga mendirikan rumah penginapan di kawasan tanah tinggi seperti di Bukit Kutu untuk dijadikan tempat rehat. Golongan kedua pula ialah masyarakat Inggeris yang tinggal di New Zealand. Golongan ini diwakili oleh Soleh Johnsons, suami kepada Faridah. Sebahagian mereka beragama Islam termasuk Soleh Johnsons. Dia mengusahakan lading ternak biri-biri dan membekalkan daging halal untuk dieksport.

    Penulis juga menggambarkan masyarakat Arab dari Asia Barat. Ia diwakili oleh  Benny, suami kepada Melina. Bumi mereka kaya dengan minyak. Benny merupakan salah seorang daripada keluarga kaya yang mempunyai syarikat minyak yang mempunyai rangakain perniagaan hingga ke Malaysia. Benny ditugaskan sebagai pagawai operasi di Terengganu. Namun Benny dipengaruhi oleh kehidupan yang mewah sehingga mengabaikan agama. Masyarakat ini juga mempunyai semangat juang dan jihad yang tinggi dalam membela agama Islam. Ia diwakili oleh Mohamed Attar yang cuba mempengaruhi Benny untuk turut sama berjihad. Mereka merancang untuk melumpuhkan ekonomi Amerika Syarikat dengan meletupkan bangunan yang menjadi kepentingan negara tersebut. Mohamed Attar ditangkap kerana perbuatan tersebut merupakan perbuatan jenayah dan ganas.

    Terdapat sedikit gambaran masyarakat orang Asli suku Temuan yang hidup di kawasan pedalaman. Kehidupan masyarakat mereka digambarkan semasa Faridah dan Iqbal sesat di dalam hutan selepas kemalangan di Bukit Fraser. Mereka membuka sebuah perkampungan di  tebing sungai di Sungai Dua yang diketuai oleh Tuk Batin Senik. Mereka tidak biasa dengan orang luar. Beberapa ekor anjing digambarkan berkeliaran di kawasan perumahan mereka. Rumah-rumah mereka rapat-rapat dan kecil diperbuat daripada anyaman buluh.  Cuma rumah Tuk Batin Senik sahaja yang diperbuat daripada kayu yang kukuh dan beratap zink. Rumah itu juga terdapat saluran Astro yang menggunakan kuasa solar. Mereka telah menyelamatkan Faridah dan Iqbal yang didapati merayau-rayau di Sungai Dua.

    Manakala Rahayu, Azrul, Anne dan Zain pula menggambarkan masyarakat pelajar pusat pengajian tinggi. Pada 25 tahun sebelumnya, Rahayu dan Azrul merupakan pelajar UPM. Mereka mengikut kursus yang sama dan sentiasa bersama termasuklah ketika mengulangkaji di perpustakaan. Pengajian Rahayu terbantut setelah dia disahkan menghidap kanser. Azrul meneruskan pengajian hingga tamat. Selepas 25 tahun berlalu, Datuk Azrul menghantar anaknya Zain untuk belajar di New Zealand dalam bidang pertanian. Zain bertemu dengan anak Faridah iaitu Anne yang belajar di universiti yang sama.

    Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat yang penyayang kepada keluarga. Bermula daripada Faridah yang sayangkan ibunya sehingga tidak mahu berpisah walaupun telah bersuami. Suaminya Ghazali terpaksa berulang-alik dua atau tiga hari sekali dari tempat kerjanya ke rumah ibu Faridah. Salmah juga sayang kepada adik kembar kepada Faridah sehingga dia bergitu sedih dengan kematian Rahayu.  Tambahan pula Rahayu telah berpisah dengannya sejak umur tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin juga sayangkan anak-anaknya termasuk Faridah yang telah lama ditinggalkan bersama Salmah. Dia berusaha mencari Faridah setelah usaha pihak pencari dan penyelamat gagal. Dia telah meredah hutan bersama Buyung sehingga menemui Faridak di perkampungan orang Asli.

    Terdapat juga masyarakat yang bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Sifat ini jelas digambarkan semasa kehilangan Faridah di Bukit Fraser selepas van yang dipandunya terbabas dan tajuh ke dalam gaung. Pelbagai pihak datang mamberikan bantuan termasuklah penduduk kampung. Selain daripada itu sifat ini juga digambarkan oleh watak Buyung yang bekerja di Jabatan Perhutanan. Dia memberikan kerjasama yang baik kepada Mejar (B) Kamaruddin untuk mengesan Faridah di Bukit Kutu dan perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Tambahan pula mereka saling mengenali dan kedua-duanya adalah pesara tentera.

    Watak utama dalam novel ini pula menggambarkan masyarakat yang tabah dalam menempuh dugaan hidup. Bermula daripada kehidupan yang sukar di kampung setelah ditinggalkan oleh ayahnya Mejar (B) Kamarudin hinggalah kepada kematian seluruh anggota keluarganya. Faridah melalui kehidupannya berasama ibu dengan mengerjakan sawah untuk menyara hidup mereka. Dia juga tabah menjaga ibunya yang semakin uzur sehingga ibunya meninggal. Dia juga tabah menerima kematian suaminya Ghazali akibat kemalangan jalan raya. Ketabahan itu membuahkan hasil apabila dia berhijrah dan mendapat kebahagiaan bersama suami keduanya Soleh Johnsons di New Zealand. Demikian juga dengan Melina. Dia tabah menghadapi dugaan apabila suaminya Benny hilang. Pada masa yang sama dia memandu sendiri dalam keadaan sarat mengandung untuk berjumpa dengan ibunya di Cameron Highland.

    Terdapat juga beberapa watak yang menggambarkan masyarakat yang berdikari. Mereka termasuklah Azrul dan Rahayu. Mereka tidak mengharapkan pekerjaan dalam sector awan apabila tamat pengajian. Mereka merancang untuk memulakan perniagaan yang berasaskan pertanian. Walaupun Rahayu meninggal, Azrul tetap meneruskan usaha berkenaan. Dia memulakan usaha menternak kambing sehingga dia berjaya dan dinugerahkan sebagai peladang jaya dan gelaran datuk. Malah dia juga mendidik anaknya Zain agar turut berkecimpung dalam bidang pertanian. Zain kemudiannya menguruskan lading ternak biri-biri kepunyaan Soleh Jonhsons setelah berkahwin dengan Anne. Demikian juga dengan Salmah. Dia berdikari untuk hidup setelah ditinggalkan oleh suaminya Mejar (B) Kamarudin sambil membesarkan Faridah. Dia bekerja di sawah dengan dibantu oleh Faridah untuk menyara hidup.

    PLOT ( kabus di perbukitan )

    PLOT


    Perkembangan plot dalam sesebuah novel berpunca daripada konflik yang berlaku antara watak-watak dalam cerita. Semakin rumit sesuatu konflik menyebabkan plot semakin berkembang. Konflik yang berlaku dalam novel Sutera Dalam Lukisan juga telah menyebabkan plot cerita ini berkembang dengan baik mengikut peringkatnya yang jelas.

    Plot pada peringkat permulaan dalam  novel ini agak singkat. Pengarang telah memperkenalkan dua watak iaitu Rahayu dan Azrul. Melalui watak Rahayu pengarang telah memperkenalkan watak-watak lain dalam novel ini. Watak-watak yang diperkenalkan selepas itu mempunyai kaitan rapat dengan Rahayu. Pada peringkat ini pengarang memperkenalkan watak Rahayu dan Azrul sebagai seorang pelajar UPM. Mereka bersarapan dan kemudian pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Mereka juga berbincang tentang rancangan Azrul untuk menyertai kempen kesedaran terhadap kepentingan sungai di KLCC. Rahayu mahu ikut serta dalam kempen tersebut.

    Plot segera beralih ke peringkat perkembangan apabila Rahayu tiba-tiba tergambarkan satu kemalangan. Kenderaan berpusing-pusing dan terjunam ke dalam gaung. Rahayu menjerit dan dia pengsan. Rahayu dibawa ke hospital dan disahkan menghidap penyakit kanser. Manakala di Bukit Fraser, kakak kembar Rahayu iaitu Faridah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan dari Bukit Fraser ka Raub. Van yang dipandunya berputar-putar akibat brek yang ditekan secara tiba-tiba. Van kemudiannya terjunam ke dalam gaung sebagaimana yang tergambar oleh Rahayu.

    Dua peristiwa yang mencetus konflik itu telah menyebabkan pengarang memperkenalkan watak Mejar (B) Kamarudin dan Salmah yang merupakan ibu bapa kepada Faridah dan Rahayu. Kehilangan Faridah selepas kemalangan jalan raya memberikan tekanan kepada Salmah. Menambahkan tekanan perasaannya apabila bekas suaminya Mejar (B) Kamarudin telah menghantar Rahayu ke rumahnya di Sungai Besar dalam keadaan lemah akibat penyakit kanser. Tambahan pula Rahayu telah terpisah dengannya sejak usia tujuh tahun. Manakala Mejar (B) Kamarudin pula berasa bersalah setelah mendapat tahu Faridah yang tinggal bersama Salmah telah hilang. Dia berkonflik dengan dirinya sendiri kerana rasa menyesal kerana mengabaikan Faridah selama ini. Atas rasa sayang dan tanggungjawab itu dia telah masuk ke hutan untuk mencari sendiri Faridah setelah usaha pencari dan penyelamat menghentikan operasi. Nasibnya baik kerana Faridah Berjaya ditemui di perkampungan orang Asli di Sungai Dua.

    Konflik terus berkembang apabila Rahayu dapat berjumpa dengan kakak kembarnya yang selama ini dirindui di hospital. Namun Faridah dalam keadaan koma. Mereka berjaya bertemu dalam alam psikik apabila Rahayu memegang kuat tangan Faridah. Rahayu merayu Faridah pulang kerana sudah tiba masanya dia akan pergi. Faridah sedar dari koma dan pada masa yang sama Rahayu telah meninggal dunia. Kematian Rahayu telah membuatkan perasaan Salmah tertekan akibat terlalu rindukan Rahayu. Dia melawat kubur Rahayu sehingga dua kali sehari. Keadaan itu amat merisaukan Faridah.

    Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini juga agak singkat. Tekanan perasaan dialami oleh Faridah apabila ibunya Salmah semakin uzur. Namun Salmah masih ke sawah. Dalam masa yang Salmah semakin rindukan Rahayu. Perasaan terus tertekan apabila ibunya meninggal semasa dia kejutkan ibunya untuk solat Subuh. Konflik perasaan Faridah sampai ke kemuncak apabila suaminya Ghazali meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Faridah telah hilang semua tempat bergantung dan hilang semua orang yang disayangi. Tekanan perasaan itu menyebabkan dia membawa diri ke New Zealand.      

    Peringkat anti klimaks plot novel ini bermula pada bab 15. Setelah 25 tahun berlalu, Faridah telah dikurniakan dua orang anak hasil daripada perkahwinannya dengan Soleh Johnsons. Faridah telah mendapat kebahagiaan di New Zealand. Namun oleh kerana dia mempunyai jati diri yang tinggi, dia sentiasa rindukan kampung halamannya. Hatinya ingin pulang melihat kampung halaman yang telah lama ditinggalkannya. Cuma dia tidak mempunyai sanak saudara di Sungai Besar untuk dia jadikan alasan pulang ke kampung.

    Perkenalan anaknya Anne dengan Zain merupakan jalan penyelesaian terhadap keinginannya selama ini. Dia pulang dan menyewa di Cameron Highland untuk berbincang dengna keluarga Zain. Bapa Zain iaitu Azrul yang pernah dikenali dan tinggal sekampung dengannya dahulu telah membuka jalan untuk Faridah mengunjungi kampung halamannya. Perkahwinan Anne dilangsungkan di Sungai Besar. Faridah telah pulang ke rumahnya di kampung. Konflik dalam dirinya terungkai.  Dia Berjaya pulang ke kampung halaman yang selama ini dirinduinya. Dia telah bersolat dan sujud syukur di rumah yang telah lama ditinggalkannya.

    Watak dan perwatakan ( kabus di perbukitan )

    WATAK DAN PERWATAKAN


       

    A)    FARIDAH

    Anak kepada Mejar (B) Kamarudin dengan Salmah. Kakak kembar kepada Rahayu. Faridah dan Rahayu dipisahkan semasa mereka berumur tujuh tahun apabila ayah dan ibunya berpisah. Faridah tinggal bersama ibunya di Sungai Besar. Dia bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Faridah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan van yang dipandunya jatuh ke dalam gaung di Bukit Fraser. Dia hilang selama dua minggu dan akhirnya dijumpai di perkampungan orang asli di Sungai Dua. Faridah telah berkahwin dengan Ghazali. Selepas ibunya Salmah dan Ghazali meninggal, dia rasa kecewa dan tertekan lalu membawa diri ke New Zealand. Di sana dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurnaiakan dua orang anak kembar iaitu Melina dan Anne.

    Dari segi perwatakan pula, dalam keseluruhan cerita dalam novel ini dia digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Orang yang sangat dia sayang ialah ibunya Salmah. Dia tidak mahu berpisah dengan ibunya. Walaupun dia sudah berkahwin dengan Ghazali, dia tetap tinggal bersama ibunya mengenangkan ibunya yang sedang sakit dan sangat merindui adik kembarnya Rahayu. Dia juga menyayangi adik kembarnya Rahayu walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Rahayu sejak mereka bermisah. Dia sangat sedih dengan kematian Rahayu di sisi katilnya. Selain daripada itu dia juga menyayangi suaminya lebih-lebih lagi Ghazali. Kematian Ghazali membuatkan dia rasa tertekan dan kehilangan tempat bergantung lalu membawa diri ke New Zealand.

    Faridah juga digambarkan sebagai seorang yang tabah dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup. Cabaran yang dihadapi oleh Faridah bermula apabila dia terpaksa tinggal bersama ibunya setelah ibunya Salmah berpisah dengan ayahnya. Dia tabah mengharungi kehidupan yang sukar dan serba kekurangan. Dia terpaksa menolong ibunya di sawah yang merupakan satu-satunya sumber rezaki untuk menampung hidup. Dia juga tabah menghadapi pemergian keluarga tersayang bermula daripada Rahayu akibat kanser. Dia tabah menjaga ibunya yang sakit sehingga ibunya meninggal dunia.

    Selepas 25 tahun di rantau, faridah dilihat sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri yang tinggi. Dia sentiasa merindui negara Malaysia dan kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama ini. Dalam hati kecilnya dia berhasrat untuk meluhat kembali kampung halamannya. Namun dia tiada sebab yang munasabah kerana dia tiada saudara yang masih ada di situ. Dia menangis apabila Zain menceritakan tentang kampung halamannya. Selain daripada itu dia masih menyimpan kad pengenalan wargenegara Malaysia. Dia tidak mahu membatalkan kewarganegaraannya. Dia gembira apabila menyemak taraf warganegara di lapangan terbang dan mendapati dia masih lagi seorang rakyat negara ini.

    Selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang di Bukit Fraser, Faridah menunjukkan semangat juang yang kental untuk meneruskan hidup. Dia sesat di dalan hutan selama dua minggu bersama Iqbal. Dia berjalan dan tersesat jauh dari tempat berlakunya kemalangan. Selama dua minggu, dia berjaya melalui cabaran di dalam hutan tersebut sambil mengembara ke Bukit Kutu dan seterusnya ke perkampungan orang asli di Sungai Dua. Kisahnya bertemu dengan Tuan Cecil Renking dan melihat kehidupan pada abad 1900-an hanyalah kelusinasinya semasa dia sesat. Di Sungai Dua dia telah koma, Apabila dia diselamatkan, doktor yang merawatnya kagum kerana dalam keadaan itu Faridah menunjukkan semangat yang kuat untuk hidup.



    B)     RAHAYU

    Rahayu merupakan anak kepada Mejar (B) Kamarudin bersama Salmah. Adik kembar kepada Faridah. Dia telah dibawa oleh ayahnya dan dipisahkan dengan Faridah ketika berumur tujuh tahun. Rahayu hidup bersama ayah dan ibu tirinya Hamidah. Dia juga merupakan kekasih kepada Azrul dan mereka sama-sama belajar di UPM. Mereka merancang untuk mendirikan rumahtangga dan  bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian. Rahayu menghidap penyakit kanser dan meninggal dunia sebelum cita-citanya tercapai.

    Dari segi perwatakan, Rahayu dari mula lagi dilihat mempunyai mempunyai daya dan kebolehan psikik yang tinggi. Semasa di dalam perpustakaan, Rahayu terggambarkan satu kemalangan yang berlaku. Kenderaan berpusing dan tajuh ke dalam gaung. Peristiwa itu sememangnya berlaku dan melibatkan kakak kembarnya Faridah. Kemalangan itu menyebabkan Faridah hilang di dalam hutan selama dua minggu. Rahayu juga dalam berhubung dengan Faridah yang memberitahunya bahawa dia sedang berada di Bukit Kutu. Ia telah dijadikan panduang kepada mejar (B) Kamarudin untuk mencari Faridah di sana. Rahayu juga telah memberitahu Faridah berada di sungai di perkampungan orang asli yang telah membawa kepada penemuan Faridah.

    Rahayu juga merupakan seorang yang bercita-cita tinggi. Setelah menamatkan pelajaran di UPM, dia tidak bercadang untuk bekerja dengan mana-mana agensi sama ada agensi kerajaan mahupun swasta. Dia bercita-cita untuk membuka perniagaan yang berasaskan pertanian bersama-sama dengan Azrul. Cita-cita itu bersesuaian dengan bidang pengajian mereka iaitu bidang pertanian. Cita-cita tingginya terserlah apabila dia meminta Azrul meneruskan hasrat tersebut  walaupun dia telah meninggal dunia. Hasratnya tercapai juga apabila Azrul telah memulakan penternakan kambing dan akhirnya dia berjaya menjadi peladang jaya.

    Dalam menghadapi penyakitnya, Rahayu digambarkan sebagai seorang yang redha dengan ketentuan Tuhan. Dia tidak pernah menunjukkan rasa sedih dan kecewa dengan penyakit yang dideritainya.  Dia sedar bahawa dia akan pergi meninggalkan dunia ini tidak berapa lama lagi. Malah cuba menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebaik mungkin. Dia telah pergi ke rumah ibunya Salmah ketika Faridah hilang akibat kemalangan. Semasa di sana dia cuba merasakan kehidupannya bersama ibu kandung yang selama ini dirinduinya.



    C)    AZRUL

    Semasa remajanya Azrul merupakan seorang pelajar UPM. Dia mengambil jurusan yang sasa dengan Rahayu. Merupakan kekasih Rahayu sehinggalah Rahayu meninggal dunia. Selepas menamatkan pengajian dia memulakan usaha menternak kambing dan akhirnya dia menjadi seorang petani yang berjaya sehingga dianugerahkan gelaran datuk. Melalui anaknya Zain, dia dapat bertemu semula dengan kakak Rahayu iaitu Faridah dan akhirnya mereka berbesan.

    Dari segi perwatakan, Azrul digambarkan sebagai seorang yang cinta akan alam sekitar. Dia terlibat dan bergiat dalam Persatuan Pencinta Alam yang berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan alam sekitar dan alam semulajadi. Pada bab pertama Azrul diceritakan terlibat dengan kempen persatuan tersebut di KLCC. Kempen yang dinamakan sebagai ‘Save Our River’  atau S.O.S diadakan bagi menyedarkan orang ramai tentang kepentingan sungai yang merupakan sumber air utama. Mereka berharap masyarakat di negara ini dapat mencontohi masyarakat di barat yang membina rumah menghadap sungai.

    Dalam hubungannya dengan Rahayu, Azrul digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Dia begitu sayang kepada Rahayu sebagai kekasihnya. Azrul dan Rahayu sentiasa bersama terutamanya semasa mengulangkaji pelajaran diperpustakaan universiti.  Dia juga akan mengahwini Rahayu dan mencapai cita-cita bersama seletah menamatkan pengajian. Selain daripada itu Azrul telah menunjukkan sayangnya kepada Rahayu semasa Rahayu menderita sakit kanser. Azrul sentiasa melawat Rahayu dan sentiasa bercerita tentang perkembangan di kampung untuk mengurangkan tekanan perasaan Rahayu. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada Rahayu untuk menghadapi penyakit itu.

    Azrul juga digambarkan sebagai seorang yang gigih berusaha. Sejak berada di universiti lagi dia bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri yang berasaskan pertanian. Dia memulakan usaha menternak kambing setelah menamatkan pengajian. Dia berusaha gigih sehingga berjaya menjadi seorang peladang  jaya. Selain itu  juga dia telah memajukan bidang pertanian di kampungnya. Usaha itu telah membantu masyarakat setempat mendapat manfaat sehingga dia dianugerahkan gelaran datuk. Dia juga telah bekerjasama dengan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan dalam bidang agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing. Usaha gigih itu juga membuatkan perniagaan itu berkembang dan berjaya.

    Selain daripada itu, Azrul juga merupakan seorang watak yang mempunyai jati diri yang tinggi. Dia berusaha membantu masyarakat setempat agar berusaha dan maju terutamanya dalam bidang pertanian. Dia juga sentiasa menasihati anaknya Zain agar tidak melupakan asal-usul dam kampung halaman. Walaupun ke mana Zain akan merantau, dia menasihati Zain agar pulang dan menghabiskan sisa hidup di kampung halaman kelak. Walaupun Zain telah berkahwin dengan Anne dan diamanahkan untuk menguruskan ladang ternak biri-biri oleh Soleh Jonhsons di New Zealand, namun Azrul berharap Zain akan pulang dan menetap di kampung pada suatu hari nanti.



    D)   MELINA

    Anak kepada Faridah dan Soleh Jonhsons. Dilahirkan di New Zealand. Saudara kembar kepada Anne. Dia telah gagal tahun pertama di University of Cantubury. Dia berkenalan dengan Benny di Auckland dan kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin, dia berhijrah mengikut suaminya bekerja di Malaysia dan tinggal di Marang, Terengganu. Dia kemudiannya terpaksa berhijrah pula ke Dubai selepas suaminya melarikan diri kerana diburu oleh polis antarabangsa.

    Dari segi perwatakan, Melina digambarkan sebagai seorang yang suka hidup berdikari. Dia tidak lagi berminat untuk belajar walaupun didesak  oleh ibunya Faridah. Malam dia telah memilih untuk bekerja dan hidup sendiri kerana memikirkan dia sudah dewasa. Dia meminta kebenaran daripada ibu dan bapanya untuk berhijrah ke Auckland. Di sana dia telah bekerja sebagai penolong pelukis plan dengan pertolongan daripada ayahnya. Di sana juga dia telah tinggal sendirian sebuah pangsapuri. Semasa suaminya Benny hilang, dia telah memandu sendirian ke Cameron Highland untuk bertemu dengan ibu bapanya dalam keadaan sarat mengandung.

    Melina juga digambarkan sebagai seorang isteri yang penyayang. Dia menyayangi Benny dan sanggup meninggalkan keluarga untuk mengikut Benny berhijrah ke Malaysia. Melina juga sentiasa menasihati Benny agar memilih kawan yang baik memandangkan dia tidak senang hati dengan rakan-rakan Benny iaitu Mohamed Attar dan  Mehmood. Melina amat risau apabila Benny menghilang tanpa pesan dan tidak pulang ke rumah. Ekoran daripada itu dia telah membuat laporan kehilangan suaminya di balai polis Marang. Akhirnya dia sanggup pergi ke Dubai untuk mengetahui keadaan suaminya di sana. Dia terus menetap di sana apabila pergerakan Benny terbatas dan tidak dapat ke luar Negara.

    Selain daripada itu Melina juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai bakat dalam bidang seni terutamanya seni lukis. Semasa di Auckland, dia telah menyiapkan lukisan dan digantung pada dinding pangsapurinya. Lukisan itu mendapat pujian daripada Benny. Semasa berada di Marang, dia menghabiskan masa lapangnya di rumah semasa Benny bekerja dengan melukis pemandangan keindahan laut. Di samping itu, dia juga mengambil kesempatan untuk melawat dan melihat gadis-gadis mencangting batik

    Kabus di Perbukitan

    TEMA

    Novel kabus di Perbukitan bertemakan kemanusiaan iaitu hubungan kasih sayang antara ahli keluarga.  Novel ini  mengungkapkan kisah keluarga yang dapat dibahagikan kepada dua zaman. Faridah sebagai watak utama telah melalui kedua-dua zaman itu. Zaman yang pertama adalah zaman remajanya. Pada zaman ini dia telah kehilangan kasih sayang daripada ahli keluarganya. Sejak kecil dia telah kehilangan kasih sayang seorang ayah.  Dia ditinggalkan oleh ayahnya Mejar (B) Kamarudin setelah ayahnya berkahwin dengan Hamidah. Sejak itu dia tidak bertemu dengan ayahnya hinggalah dia ditimpa kecelakaan di Bukit Fraser. Selain daripada itu Faridah juga telah terpisah daripada adik kembarnya Rahayu. Mejar (B) Kamarudin telah membawa Rahayu untuk tinggal bersamanya. Faridah tidak dapat merasakan kasih sayang daripada adik beradik.

    Selain daripada disipahkan oleh jarak dan sama, faridak juga telah dipisahkan daripada Rahayu oleh maut. Walaupun telah berpisah, namun pada saat-saat akhir hidup Rahayu, mereka dapat berhubung melalui alam bawah sedar. Faridah meminta pertolongan daripada Rahayu agar mengeluarkannya dari Bukit Kutu semasa Faridah hilang. Pada akhir pertemuan mereka, Rahayu menayu kepada Faridah agar Faridah kembali dan dia terpaksa pergi. Pemergian Rahayu untuk selama-lamanya telah membuatkan Faridah amat sedih. Selain daripada Faridah, ibunya Salmah juga merasakan kehilangan Rahayu. Dia hanya dapat merasakan kasih sayang Rahayu hanya seketika.  Oleh kerana perasaan sayang yang tidak dapat digambarkan kepada Rahayu, Salmah amat merindui Rahayu setelah Rahayu meninggal. Salmah selalu menziarahi kubur Rahayu. Kadang-kadang sehingga dua kali sehari.

    Selepas Faridah berkahwin dengan Ghazali, Faridah tetap tinggal di rumah ibunya kerana tidak sanggup meninggalkan ibunya yangsedang sakit seorang diri. Ibunya meninggal tidak lama kemudian. Diikuti pula oleh suaminya Ghazali akibat daripada kemalangan jalan raya. Sekali lagi Faridah kehilangan kasih sayang hingga menyebabkan dia rasa amat sedih dan tertekan.  Dia telah membawa diri ke New Zealand. Bermula daripada penghijrahan itu, Faridah telah melalui fasa kedua dalam hidupnya. Dia mendapat kembali kasih sayang seletah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dikurniakan dua orang anak. Faridah hidup bahagia. Dia juga bertemu dengan Datuk Azrul, bekas kekasih Rahayu apabila anaknya Anne bertemu jodoh dengan anak Datuk Azrul, Zain. Hasil daripada hubungan itu Faridah telah kembali ke Malaysia dan hidup dengan gembira.  






    PERSOALAN

    Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalan perpecahan keluarga yang telah menyebabkan ahli keluarga kehilangan kasih sayang dan menderita. Perpecahan keluarga dapat dilihat dengan jelas pada awal novel ini. Ayah dan ibu Faridah telah berpisah setelah ayahnya berkahwin dengan Hamidah. Malah ayahnya telah membawa saudara kembar Faridah iaitu Rahayu. Selain daripada kehilangan kasih sayang seorang anak, ibu Faridah iaitu Salmah juga telah menderita. Dia terpaksa berusaha sendiri untuk hidup dan membesarkan Faridah tanpa bantuan daripada sesiapa. Dia bergantung hidup pada tanah sawah yang dikerjakan seorang diri sehingga dia meninggal dunia. Penderitaan itu menyebabkan Faridah tidak  begitu menghargai ayahnya. Ketika pulang ke Malaysia, dia dimaklumkan oleh Datuk Azrul bahawa ayahnya masih hidup. Namun dia tidak berminat untuk menemui ayahnya. Manakala Rahayu pula teramat rindukan ibunya dan  mahu hidup bersama ibunya pada akhir hayatnya.         

    Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalan cinta antara dua remaja. Persoalan ini digambarkan melalui watak Rahayu dan Azrul. Mereka menuntut di universiti dan jurusan yang sama telah berjanji untuk hidup bersama. Selain dairpada itu mereka juga mempunyai cita-cita bersama iaiatu mengusahakan perniagaan yang berasaskan pertanian setelah tamat pengajian. Keadaan itu menunjukkan mereka sefahaman. Namun percintaa mereka tidak sampai ke penghujung. Rahayu menghidap kanser dan meninggal dunia. Pun begitu cinta Azrul kepada Rahayu tidak mati. Dia meneruskan cita-cita mereka berdua sehingga berjaya dan bergelar datuk.  Selain daripada itu, watak lain yang menjalin cinta dalam novel ini ialah Benny dengan Melina, anak kepada Faridah. Percintaan mereka begitu pantas dan mereka mendidikan rumahtangga. Manakala Zain, anak kepada Datuk Azrul pula bercinta dengan saudara kembar Melina iaitu Anne. Percintaan mereka juga sampai ke penghujung apabila mereka berkahwin dan hidup bahagia.    

    Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Kabus di Perbukitan adalah persoalan kahwin campur. Kahwin campur dalam novel ini bermula daripada  perkahwinan antara Faridah dengan Soleh Johnsons. Perkahwinan ini berlaku akibat daripada penghijrahan Faridah ke New Zealand setelah semua orang yang  disayangi meninggal dunia. Dia berasa sediah dan tertekan. Di New Zealand dia telah berkenalan dengan Soleh Johnsons, seorang warga New Zealand dan berkahwin. Faridah hidup bahagia dan dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Melina dan Anne. Melina kemudiannya berkenalan dengan Jabbar an-Anbia ( Benny ) seorang berketurunan Arab yang berasal dari Dubai.  Cinta mereka berputik dan mereka telah berkahwin. Manakala Anne yang berdarah campuran Melayu dan mat salih telah bertemu jodoh dengan seorang Melayu tulen iaitu Zain, anak kepada Datuk Azrul. Perkahwinan mereka dianggap sebagai perkahwinan dua negara.

    Pengarang  juga mengungkapkan persoalan cita-cita dan masa depan selepas menamatkan pengajian.  Contoh yang paling baik untuk dijajikan panduan ialah watak Azrul.  Sejak masih belajar bersama Rahayu, mereka telah memasang cita-cita tentang kerjaya dan masa depan mereka setelah menamatkan pengajian kelak. Mereka sepakat untuk tidak mahu mengharapkan pekerjaan makan gaji. Sebaliknya mereka lebih berminat dengan kerjaya dalam perniagaan yang berasaskan pertanian. Ia bersesuaian dengan bidang pengajian mereka dalam bidang pertanian. Walaupun Rahayu meninggal dunia, namun Azrul tidak berputus asa. Dia tetap meneruskan cita-citanya sebagaimana juga yang diinginkan oleh Rahayu sebelum meninggal dunia. Hasilnya, selepas 25 tahun, Azrul telah berjaya sebagai peladang dan dianugerahkan gelaran datuk.                     

    Sebahagian bersar watak dalam novel ini juga telah mendokong persoalan perkembangan dan kemajuan dalam bidang pertanian. Pada awal novel ini pembaca mengenali Salmah yang mengusahakan sawah dengan tulang empat kerat yang hanya dapat menampung kehidupannya bersama Faridah. Namun pada masa yang sama dua orang anak muda iaitu  Rahayu dan Azrul  telah memasang cita-cita  untuk bergiat mahu dalam bidang pertanian. Mereka ingin membuka perniagaan yang erasaskan pertanian.  Walaupun Rahayu telah tiada, Azrul meneruskan cita-cita itu dengan menternak kambing. Usahanya berjaya malah dia telah membangunkan sektor pertanian di kawasan. Jasanya kepada masyarakat menyebabkan dia dianugerahkan gelaran datuk. Demikian juga anaknya Zain yang telah menuntut dalam bidang pertanian. Zain telah menurut jejak langkahnya dengan mewarisi lading biri-biri daripada Soleh Johnsons. 

    Watak Malina dan Benny telah menggambarkan persoalan pegangan agama yang longgar dalam masyarakat Islam pada hari ini. Keadaan ini wujud kerana ramai penganut Islam pada hari ini menganut Islam kerana keturunannya, bukannya daripada kesedaran dan mendalam dan keimanan tentang agama Islam. Melina mewarisi agama Islam daripada ibunya Faridah dan ayahnya yang memeluk agama Islam iaitu Soleh. Dia juga hidup bebas menyebabkan pengaruh persekitaran meresapi jiwanya. Melina digambarkan meminum minuman keras dengan alasan untuk memanaskan badan. Begitu juga dengan Benny. Dalam soal makanan, dia memilih makanan halal. Namun dia suka kepada minuman keras. Dia tidak dapat memberikan asalan yang kukuh kenapa dia berbuat demikian. Malah dia sendiri mengakui bahawa imannya tipis dan dia lalai dalam menunaikan tuntutan agama Islam.

    Cerita dalam novel ini juga telah menggambarkan persoalan penghijrahan untuk mendapatkan kebahagian hidup. Bermula daripada Faridah yang telah berhijrah ke New Zealand. Semasa berangkat ke sana, dia telah merasakan bahawa dia tidak akan kembali lagi ke kampung halamannya. Di New Zealand dia telah bertemu dengan Soleh Johnsons dan telah berkahwin. Dia akhirnya bahagia dan dikurniakan dua orang anak kembar. Benny yang suka belayar akhirnya telah berhijrah dan memilih untuk bekerja di Malaysia setalah bertemu jodoh dengan Melina. Dia cuba menjalani hidup senagai seorang suami yang bertanggungjawab. Mereka mendapat kebahagiaan dan telah mengenepikan hobinya yang suka belayar. Faridah dan Soleh juga akhirnya telah berhijrah ke Malaysia dan tinggal di Cameron Highland. Dia hidup bahagia di samping kenangan silam. Demikian juga dengan Melina yang telah berhijrah ke Dubai untuk hidup bahagia bersama suaminya Benny.

    Pengarang juga menyelitkan persoalan jihad dalam mendaulatkan agama Islam melalui watak Benny dan Mohamed Attar. Mohamed Attar telah berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada Benny dan tokoh-tokoh agama di negara ini untuk sama-sama berjuang menegakkan kedaulatan agama Islam. Dia menanamkan semangat untuk berjuang menentang musuh-musuh Islam yang seperti di Palestin dan Iraq. Benny telah mengikut Mohamed Attar untuk bertemu dengan Ustaz Hassan Syukri. Mereka ingin mengatahui pandangan Ustaz Hasaan Syukri tentang perjuangan mereka. Namun Ustaz Hasaan Syukri lebih besederhana. Mohamed Attar nekad untuk meneruskan niatnya. Namun dia betindak lebih berani dengan berjuang secara mengangkat senjata. Dia nekad untuk meletupkan beberapa kepentingan Barat untuk melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Malangnya dia telah ditangkap oleh polis antarabangsa.

    Persoalan dalam novel ini juga berkaitan dengan ekonomi negara Malaysia iaitu persoalan pengambilan pekerja asing dalam bidang pertanian atau perladangan. Hal ini kerana belia tempatan tidak lagi berminat untuk bekerja dalam sektor tersebut. Mereka lebih suka berhijrah ke Bandar menyebabkan kebun dan tanah di kampung banyakyang terbiar. Bagi mengatasi masalah tersebut. Datuk Azrul berusaha untuk mendapatkan permit untuk beberapa orang pekerja asing untuk bekerja di ladangnya.  Walaupun Zain tidak berapa setuju dengan pendekatan itu, namun keadaan telah memaksa pengusaha lading seperti Datuk Azrul berbuat demikian. Tanpa pekerja asing, urusan kerja ladang tidak dapat disempurnakan. Demikian juga ketika dia mengusahakan  projek agropelancongan di Lojing. Mereka juga mendapatkan tenaga kerja asing untuk melakukan kerja-kerja kasar terutamanya pada tahap permulaan projek tersebut.