KERAJAAN MELAKA
- Parameswara
mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan Megat
Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan
Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun
1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda
Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh
sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah
membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran"SultanAbuSyahid".
- Kekanda
Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta
pada tahun1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah"
(1445-1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai
agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke
seluruh Kepulauan Melayu seperti
Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar
penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
- Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445,
tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak
jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada
1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak
telah berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua
kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang
Empayar Melayu Melaka. Tun perak telah dijadikan Bendahara
dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di
bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan
Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan melayu.
Sultan Melaka
|
Tempoh memerintah
|
1400 – 1414
|
|
1414 – 1424
|
|
1424 – 1444
|
|
1444 – 1446
|
|
1446 – 1456
|
|
1456 – 1477
|
|
1477 – 1488
|
|
1488 – 1511
|
KERAJAAN JOHOR
·
Sejarah Johor sudah pun bermula pada
tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang
penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah
tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan
Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah
sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai
oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud
Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan
kemudiannya ke Bentan di Johor.
·
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah
jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah
yang terbentang dari sungai Klang hingga
ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu
Pahat,Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai
timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan,
Bulang, Lingga, Bungaran, Kota
Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
·
Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian
daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor
menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya
persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
PENGASASAN
KESULTANAN-KESULTANAN MELAYU LAIN
PERAK
·
Petempatan di perak telah terbukti dengan penemuan pelbagai
artifak daripada kajian arkeologi di kawasan-kawasan seperti kota tampan dan
gua badak di lenggong , gua kerbau di sungai siput dan gunung churau di ipoh .
Terdapat
juga catatan dalam sulalatus salatin tentang kewujudan kerajaan tua di perak
seperti beruas dan dinding . perak juga pernah disebut sebagai sebuah negeri
bernama ‘gangga Negara ‘ yang dipercayai wujud pada abad ke-5 atau ke-6 di
kawasan beruas atau manjung , perak .
PAHANG
Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina
menggelarnya sebagai Pang-Hang, Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang,
Pang-Kang, dan lain-lain. Di dalam buku yang berjudul Chu-Fan-Chi yang
diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang
diserang oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu
Pahang. Rekod yang lain termasuklah buku yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan
buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).
·
Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang
sebagai Pam, Pan, Phang, Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan
Pahagh. Ahli sejarah G.R Tibbets yang mengulas tentang sebuah cerita yang
ditulis oleh Al-Masudi, ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali
sebagai "Herodotus Arab", mempercayai bahawa Fanjab yang disebut di
dalam buku itu ialah Pahang. Bagaimanapun, dia berpendapat bahawa nama Fanhan
atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat, berbanding dengan Fanjab.
Sesetengah
orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal daripada salah satu bahasa orang
asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di
kawasan ini dan membuka banyak kawasan pelombongan, khususnya di
·
Pada zaman itu, Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau
'Pahang Inderapura', dengan Pekan, bandar diraja yang terkenal untuk
Pahang dan pada suatu ketika, juga untuk Kesultanan Melaka, dikenali sebagai
'Pura'.
·
Ahli arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja
ekskavasi di beberapa tempat di Pahang. Tapak arkeologi yang popular
termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan kawasan pelombongan yang lama,
serta sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang
ditemui ialah alat batu, tembikar,
dan alat gangsa, serta alat besi.
Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk:
· Kota Tongkat, Kota
Gelanggi (berhampiran Jerantut),
Tersang (Kuala
Lipis), Nyong, Kampung Batu
Pasir Garam,
dan Kampung Pagi
(titik pertemuanSungai
Tembeling dengan Sungai Pahang);
·
Gua Kecil (Raub);
·
Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak),
·
Gunung Tongkat, Gunung
Kecil, Gunung Bama,
· Gunung Kota Gelanggi, dan Bukit Jong;
Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah,
termasuklah kepala lembing, pisau, sabit, cangkul, dan alat besi lain yang luar
biasa. Artifak itu ditemui di sebilangan tempat, termasuk tebing Sungai
Lembing, Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing Sungai
Lipis). Ahli arkeologi mempercayai bahawa alat itu dibuat oleh
orang dari Zaman
Batuterakhir, iaitu Zaman Neolitik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan