BAB 5: ISU-ISU KEPERHATINAN NEGARA
ISU-ISU KEPERHATINAN NEGARA
5.1 Dasar Malaysia Tentang Hal Ehwal Serantau Dan Dunia
Pendahuluan
Kesemua Negara di dunia mempraktikkan premis tersebut dalam penggubalan dasar luar hubunganya dengan Negara lain. Bagi Malaysia,amat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil adalah berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran Negara dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata-mata bahkan melibatakn juaga kegiatan ekonomi Negara.
Menyedari betapa pentingnya Negara terus maju dan produktif,kerajaan mengamalkan dasar ekonomi terbuka dan bercorak antarabangsa. Sektor pembuatan merupakn tunggak utama ekonomi Negara dan kebanyakan barangan yang dihasilkan adalah untuk dieksport. Sebagai sebuah Negara dagang,Malaysia perlu menjalin hubungan baik dengan dunia luar.
Kedaulatan Negara merupakan tunggak utama sistem perhubungan antarabangsa. Oleh itu,pengendalian dasar luar Negara perlulah bercerminkan keadaaan yang sedemikian rupa. Justeru,Malaysia lantang menyuarakan idea di persada antarabangsa. Malaysai juga berkerjasama dengan Negara-negara dunia lain dalam usaha mengutarakan kedudukan kita berasaskan kepentingan Negara.
Objektif Dasar Luar Negara
Objektif objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa.
Peranan Kementerian Luar Negeri
Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara-negara asing. Ini merangkumi perkara-perkara berhubung dengan hubungan politik,hal ehwal keselamatan serta promosi sosial dan kebudayaan. Kementerian ini dipertanggungjawabkan untuk menepati objektif-objektif tersebut,menguruskan hubungan dua hala,hubungan serantau dan pelbagai hala dengan Negara-negara asing dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa. Hubungan ini merangkumi bidang politik,ekonomi dan kebudayaan. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara-negara asing. Mengendalikan aktiviti-aktiviti sokongan termasuk perkhidmatan,pentadbiran am,kewangan,kaunselor,keselamatan dan komunikasi.
Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang ke arah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
ASEAN
ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Pengisytiharan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein, Menteri Luar Indonesia, Dr. Adam Malik, Menteri Luar Thai, Thanat Khoman, Setiausaha Luar Filipina, Narciso Ramos, dan Menteri Luar Singapura, S.Rajaratnam. Pada dasarnya, Asean mempunyai matlamat yang sama dengan ASA. Ia bertujuan untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat di kalangan Negara anggota dalam bidang ekonomi dan lain-lain. Namun peranan Asean telah berkembang lebih daripada itu. Hubungan diplomatik yang pada asalnya hanya melibatkan tiga buah Negara dalam ASA kini telah berkembang menjadi 10 buah Negara.
Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.
Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.
Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat jawatan perdana menteri, beliau telah menggariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan ASEAN secara lebih berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di Sidang Kemuncak ASEAN di Laos tak lama dulu. Tiga pendekatan itu adalah menruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan Negara-negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
5.1.2 Peranan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
OIC ialah singkatan kepada ‘Organisation Of Islamic Conference’ atau pertubuhan persidangan Negara-negara islam. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai oleh 57 buah Negara islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC bertindak untuk mewujudkan perpaduan sesame ummah khususnya mengenai konflik Israel-Palestin. Malaysia diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
Pertubuhan ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar islam.OIC juga berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam diseluruh dunia. OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hokum hakam yang dihadapi oleh umat islam sejagat. Malaysia menjadi pengerusi kepada siding kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktober 2006. Kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan pula merupakan satu kerjasama untuk meningkatkan taraf sosial Negara-negara anggotanya
Pertubuhan ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar islam.OIC juga berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam diseluruh dunia. OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hokum hakam yang dihadapi oleh umat islam sejagat. Malaysia menjadi pengerusi kepada siding kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktober 2006. Kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan pula merupakan satu kerjasama untuk meningkatkan taraf sosial Negara-negara anggotanya
Peranan Malaysia dalam OIC
Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh Negara-negara islam. Antaranya ialah, mengkritik campur tangan dalam Negara-negara Komanwel telah menjadi disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu suka Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.
5.1.3 Peranan KOMENWEL
Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi , pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan British. Dalam persidangan ketua-ketua Negara komanwel di Bahamas dan di Vancouver, Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidak adilan perdagangan dunia. Ekoran suara lantang Malaysia inilah, Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Selain membincangkan isu apartheid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran, dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik asia barat, konflik Afghanistan dan Kampuchea terdapat satu isu yang menarik pandangan dunia, iaitu isu alam sekitar. Kemerosotan dan pencemaran alam sekitar. Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan ialah:
Melalui Komanwel, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.
- Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam sekitar.
- Pengurusan perhutanan dan pertanian di Negara-negara maju dan sedang membangun.
- Pengurangan pencemaran laut .
- Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.
Melalui Komanwel, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.
Nam atau singkatan bahasa inggerisnya ‘’the Non-Aligned Movement’’ yang juga dikenali sebagai pengerakan Negara-negara berkecuali diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia. Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau Timur. NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah Negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pengerakan NAM. Malaysia mahu berinteraksi dengan semua Negara tanpa mengira ideology politik mereka dan mendapat faedah. Pada bulan februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah Negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB).
Peranan Malaysia Dalam NAM
Malaysia sebagai pengerusi NAM berperanan memberikan kepimpinan yang jitu dengan cara:
(a) Mewakili Negara-negara anggota yang majority terdiri dari Negara-negara membangun untuk terus bersuara.
(b) Mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia dengan cara:
Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama selatan-selatan, pembangunan pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM. Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui inisiatif-inisiatif serta usaha Penyuburan semula NAM, yang telah digariskan secara terperinci dalam Deklarasi Kuala Lumpur serta dokumen muktamad mengenai isu Sidang Kemuncak ke-13.
Malaysia sebagai Pengerusi NAM menerusi pendekatan yang relevan kepada situasi semasa iaitu:
Perdana Menteri menggariskan enam tindakan yang perlu dilaksanakan seperti:
(a) Mewakili Negara-negara anggota yang majority terdiri dari Negara-negara membangun untuk terus bersuara.
(b) Mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia dengan cara:
- - Mempromosikan keamanan melalui platform-platform political.
- - Pendekatan diplomasi pelbagai hala (multilateralism)
- - Badan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan majlis keselamatan PBB.
Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama selatan-selatan, pembangunan pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM. Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui inisiatif-inisiatif serta usaha Penyuburan semula NAM, yang telah digariskan secara terperinci dalam Deklarasi Kuala Lumpur serta dokumen muktamad mengenai isu Sidang Kemuncak ke-13.
Malaysia sebagai Pengerusi NAM menerusi pendekatan yang relevan kepada situasi semasa iaitu:
- - Keupayaan Malaysia dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah berakhirnya Perang Dingin.
Perdana Menteri menggariskan enam tindakan yang perlu dilaksanakan seperti:
- Usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan Negara anggota serta rakyatnya dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan bukannya hal-hal yang boleh menjejaskan perpaduan.
- Perlu melaksanakan langkah-langkah membina keupayaan bagi membolehkan semua orang terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya.
- Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif.
- Seacra serius mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan Negara anggota sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak ke arah arus perdana ekonomi global.
- Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam memerangi rasuah, memupuk urus tadbir yang baik, peningkatan ketelusan dan akuantabiliti.
- Bersungguh-sungguh menyakinkan dunia bahawa islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.