2.1 PERJUANGAN KEMERDEKAAN
DASAR
PENYATUAN
British sudah merancang membentuk
Liga Malaya atau Kesatuan sejak tahun 1930-an. Bahkan kalau dilihat dasar
desentralisasi yang merupakan langkah pertama untuk memujuk negeri-negeri di
luar Negeri-negeri Melayu Bersekutu dijalankan sejak tahun 1990. penaklukan
jepun dilakukan dalam masa yang singkat (bermula 8 Disember 1941- 31 Januari
1942) dan pemerintahannya (Disember 1941-Ogos 1945) telah mengejutkan pihak
British. Penyatuan pentadbiran dianggap satu bentuk penyelesaian yang munasabah
bagi pertahanan Tanah Melayu bagi masa yang akan datang. British berpendapat
untuk mengubah dasar dan sruktur Tanah Melayu sebelum perang.Rancangan Kesatuan
Malaya telah diputuskan oleh Whitehall. Pada bulan Oktober 1945, kerajaan
British menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama sebelum perang :
a. Kedaulatan
raja-raja.
b. Autonomi
negeri-negeri Melayu.
c. Hak
istimewa orang Melayu.
Pejabat perang dan kolonial merancang
untuk membina Tanah Melayu selepas ditakluk semula secara ketenteraan. Dan
selepas itu, pentadbiran Tanah Melayu akan diletakkan dibawah pemerintahan
tentera. Pemerintahan tentera dianggap masa yang sesuai untuk memaksa
dasar-dasar British ke atas Tanah Melayu. Bagi merancang langkah-langkah yang
perlu diambil, kerajaan British menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU
(Malayan Planning Unit).
Bronze Coin King George VI
RANCANGAN MASA PERANG
- MPU
ditubuhkan pada pertengahan tahun1943 dan diletakkan di bawah Jabatan
Timur Jauh Pejabat Tanah Jajahan yang diketuai oleh Edward Gent. MPU
diketuai oleh Jeneral Ralph Hone. Pegawai-pegawai yang terlibat dalam unit
ini antaranya Mckerron, H.C.Willan, Brigadier A.T Newboult, Kolonel E.V.G.
Day dan kolonel M.C Hay.
- Manakala
Victor Purcell diberi tugas untuk meneliti hal ehwal orang cina. MPU
meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya bagi membantu
penyusunan pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Ramai antara
mereka yang menghantar memorendum kepada MPU.
- Pada
peringkat awal , British berpendapat Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri
Selat (kecuali Singapura) dan Borneo British perlu disatukan manakala
Singapura diberi status khas. Bagaimanapun menjelang bulan Mac,1943,
Borneo British dianggap belum bersedia untuk menyertai kesatuan.Pada bulan
Mei 1944 kabinet perang British bersetuju untuk mengubah perlembagaan dan
sistem pentadbiran Tanah Melayu sebelum perang.
- Matlamatnya
untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan sebagai langkah awal ke arah
pemerintahan demokratik. British juga akan menggalakkan penyatuan kaum
dalam pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri. Ralph Hone
berpendapat sebelum perlembagaan Malayan Union diperkenalkan, satu
perjanjian baru dengan sultan-sultan diperlukan. Masa yang sesuai untuk
berunding dengan mengugut ialah sewaktu pemerintahan tentera.
PENTADBIRAN TETERA BRITISH (BMA)

Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945.
Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Pihak British mempunyai kuasa
penuh dalam semua bidang dan bertanggungjawab ke atas Tanah Melayu. Tanah
Melayu diletakkan dibawah BMA (British Military Administration). Mejar Jeneral
Ralph Hone (bekas ketua MPU) dilantik sebagai ketua Pegawai Hal Ehwal Awam
manakala Brigadier H.C. Willan sebagai pembantu. BMA ditugaskan untuk
mengembalikan kekuasaan British, memelihara undang-undang dan peraturan,
mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi tujuan pemulihan serta membuat
persediaan ke arah pemerintahan awam.Pentadbiran tentera di Tanah melayu
bermula pada bulan September 1945 hingga Mei 1946. Pada asasnya, pentadbiran
ini merupakan organisasi tentera. Walaupun begitu, terdapat juga penasihat,
terdiri daripada orang awam. Sebahagian besar pentadbir-pentadbir BMA tidak
berpengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal menangani masalah
yang ditinggalkan oleh kesan peperangan. Antara masalahnya :
a. BMA tidak dapat
mengawal tentera-tenteranya
yang bertindak sewenang-wenangnya dan
melanggar
undang-undang.
b.BMA menimbulkan kesulitan
rakyat dengan
tindakan segeranya mengumumkan wang
Jepun tidak laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli
barang keperluan dan memberi tekanan ekonomi
kepada rakyat.
c.BMA gagal mengatasi warisan
zaman
Jepun seperti pasar gelap, penyeludupan, rasuah dan
sebagainya.
d.Pergaduhan kaum dan balas dendam
berlaku
secara berleluasa dan BMA gagal menenteramkan keadaan.
Akibat pelbagai masalah, BMA menyerahkan
kuasa kepada kerajaan awam pada bulan April 1946. Langkah ini diharapkan
dapat memberi keyakinan baru di Tanah Melayu.
PERLEMBANGAAN MALAYAN UNION
- Rancangan
Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kebinet oleh
kerajaan Parti Buruh pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan diumumkan
pada bulan Oktober 1945 dan isi kandungannya dikeluarkan pada 1 Januari
1946. Butir-butir perlembagaan dikeluarkan dalam warta kerajaan “ Kertas
Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946.
- Menurut
perlembagaan Malayan Union negeri-negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka
akan disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan
perlu kerana sebelum ini tiap-tiap negeri menjalankan pentadbiran membuat
undang-undang sendiri dan sukar untuk menyerahkannya.
- Walaupun
pemerintahan dipusatkan kerajaan negeri akan diberi kuasa menguruskan hal
ehwal tempatan tetapi dengan persetujuan pusat.Ketua pentadbiran kerajaan
kesatuan ialah gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan
perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada lima orang ahli iaitu Ketua
Setiausaha, Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli
yang akan ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima
orang ahli tidak rasmi.
- Majlis
perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi , dan ahli
rasmi tidak lebih daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak
rasmi akan mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-ahli tidak rasmi akan
dilantik mewakili tiga kumpulan kaum utama – (1) melayu (2) Cina dan (3)
Eropah, India, Eurasian dan sebagainya. Setiap komponen akan diwakili oleh
tujuh orang ahli.
- Negeri-negeri
pula mempunyai Majlis Penasihat yang diketuai oleh sultan. Baginda akan
melantik ahli-ahli majlis, tetapi mesti mendapat pengesahan gabenor.
Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan
agama Islam dan adat istiadat melayu. Bagaimanapun hal ini mesti
dirujukkan kepada Pesuruhjaya Residen dan mendapat persetujuan Residen.
- Majlis
Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan dianggotai oleh
sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal ehwal agama
Islam dan adat istiadat Melayu. Jelas gabenor mempunyai kuasa yang selama
ini menjadi hak istimewa raja-raja .
- Tanah
Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union dianggap langkah
pertama ke arah itu. Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak
bersatu. Bagi kepentingan imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan
kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang melayu ditarik balik.
Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union. Mereka yang layak
mendapat kerakyatan :
A. Mereka yang
dilahirkan di Tanah Melayu dan Singpura.
B. Mereka yang menetap
selama 10 tahun daripada
15 tahun yang lalu.
C. Mereka yang menetap
di Tanah Melayu atau
Singapura selama 5 tahun.
D. Rakyat Btish boleh mendapat kerakyatan
Malayan
Union tanpa hilang kerakyatan British.
E. Mereka yang
mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
KEDUDUKAN SULTAN
- Sultan
yang naik tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada
sultan Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor
pada mulanya disingkirkan oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan
Sultan Musaudin. Apabila British kembali, Sultan Musaudin dibuang di buang
ke Pulau Cocos dan Sultan Alam Syah dirajakan semula.
- Sultan
yang menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada Sultan
Ali (Terengganu), Raja Syed Hamzah (perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan
Sultan Badlisyah (Kedah). Pihak British belum membuat keputusan muktamad
tentang kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa pentadbiran
Jepun.
- Pihak
British mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan akan
menandatangani perjanjian baru jika mahu kedudukan bagunda di iktiraf.
Orang yang ditugaskan untuk mendapat tandatangan sultan ialah Sir harold
Mcmichael. Sebelum itu, H.C.Willan ditugaskan untuk bersemuka dengan
sultan-sultan bagi mengetahui reaksi awal.
MISI MAC MICHAEL
- Sir
Harold Mac Michael seorang yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat
di Sudan, Sub, Gabenor Wilayah Darfur, Penolong Setiausaha Awam, Gabenor
Tangayika (1933-1937) dan Pesuruhjaya Tinggi Palestin dan Trans-Jordan
(1938-1944).
- Mac
Michael tiba di pelabuhan Kelang pada 11 Oktober 1945 dengan kapal H.M.S
Royalist. Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon dan A.T. Newboult.
MacMichael dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapat
perjanjian baru dengan sultan-sultan.
- Dengan
perjanjian baru, kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan
sepenuhnya kepada British. Setelah itu, barulah British dapat membentuk
perlembagaan Kesatuan Malaya . Mac Michael memulakan misinya ke
Johor. Pada18 Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh British
sebagai pro-Jepun telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru.
Selepas itu, Mac Michael menghadap
i. 23 Oktober- Sultan
Alam Syah (Selangor)
ii. 31 Oktober- Sultan Abu
Bakar (Pahang)
iii. 13 November – Yam Tuan Besar
Tunku Abdul Rahman.
(Negeri Sembilan)
iv. 20 November- Sultan Abdul
Aziz. (Perak).
v. 2 Disember – Sultan Badlisyah
(Kedah).
vi. Raja Syed Putera (Perlis)
vii. 17 Disember – Sultan Ibrahim
(Kelantan).
viii. Sultan ISmail (Terengganu).
- Mac
Michael mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama Sultan
Badlisyah dan Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
- James
Allen berpendapat Malayan Union dirancang kerana sentimen anti-melayu dan
sebagai penghormatan kepada orang cina yang menyokong British semasa
perang.
- Pandangan
ini disetujui oleh beberapa pengkaji yang beranggapan matlamat Malayan
Union ke arah membentuk nasionalisme dan kesedaran Malaya dimana rakyat
berbilang kaum akan memberi taat setia. Dan tentunya juga rancangan ini
kerah menjayakan dasar dekolonisasi British.
REAKSI BUKAN MELAYU
- Kerajaan
british tidak segera menerbitkan Kertas Putih Malayan Union. Berita
tentang penubuhannya hanya diketahui melalui siaran radio BBC pada hari
Selasa 22 Januari. Berita akhbar dikeluarkan oleg Reuter. Apabila Kertas
Putih dikeluarkan tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi
akhbar cina, berita yang lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan
oleh GLU (General Labour Union) di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh
PKM.
- Terdapat
dua kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan kebanyakannya
terdiri daripada ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam
kewarganegaraan lebih kepada kerakyatan China. Tanah Melayu hanya negara
kedua. Dua tokoh penting kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa.
Kumpulan kiri yang diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas
Putih malayan union.
- Satu
perkara yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan
kerajaan demokratik dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara
keseluruhannya konsep Malayan. Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan
negara merdeka komunis.
- PKM
menganggap Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini
diperteguhkan lagi dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain
yang ditentang oleh PKM ialah keahlian dewan undangan dan eksekutif yang
tidak demokratik. PKM mahu diadakan pemilihan umum .
- Bantahan-bantahan
PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk berjuang secara
perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk mencapai
kekuasaan. PKM memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan raya
diadakan.
- Terdapat
kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang mederate menerima Kertas Putih
Malayan Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini
menubuhkan Parti Berbilang Kaum iaitu MDU (malayan Demikratik Union) pada
21 Disember 1945. Kebanyakan tokohnya berpendidikan Inggeris. Bagaimanapun
MDU akhirnya dipengaruhi oleh komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM dalam
parti ini. MDU menuntut beberapa perkara :
I
Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.
II
Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21 tahun dan keatas .
III
Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan Undangan.
IV
Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
V
Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan akhbar.
VI
Reformasi pendidikan.
VII
Meningkatkan taraf hidup rakyat.
RAKYAT ORANG MELAYU
- Semasa
Malayan Union hendak dilaksanakan keadaan di Tanah Melayu tegang. PKM
mendalangi beberapa tunjuk perasaan berhubung tuntutan gaji. Ketegangan
dan pergaduhan kaum juga berlaku di Johor, Melaka, Pahang, Kelantan, Kedah
Perak dan Terengganu. Rakyat Tanah Melayu juga sedang menghadapi
masalah-masalah kekurangan makanan. Dalam keadaan sebegini rancangan yang
dianggap merugikan rakyat melayu tentu mereka menentang.
(a) Akhbar-akhbar
- Kertas
Putih Malayan Union dilihat dengan rasa takut, marah dan curiga.
Berbanding dengan akhbar-akhbar bukan melayu, akhbar-akhbar melayu
menerbitkan laporan Reauter tentang rancangan British untuk menubuhkan
Malayan Union.
- Akhbar-akhbar
melayu yang yang lantang menentang ialah Warta Negara (Pulau
Pinang), Majlis (Kuala Lumpur), dan Utusan Melayu(Singapura).
Akhbar-akhbar ini mendesak orang melayu mengadakan perhimpunan melayu
seluruh tanah melayu bagi merapatkan barisan menentang Malayan
Union.
- Akhbar
juga mahu orang melayu menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu
Melayu. Akhbar berperanan menyiarkan berita-berita,komentar dan
rencana-rencana menentang Malayan Union tidak lain daripada menimbulkan
keburukan. Akhbar majlis pula menganggap orang melayu akan menjadi red
indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia.
(b)
Sultan-sultan
- Ada
antara sultan yang sudah mengatakan kebimbangan sejak misi MacMichael
.Sultan Abu Bakar (Pahang) menyerahkan memorandum kepada Mac Michael yang
menyerahkan soal imigresen, pelajaran untuk Orang Melayu, dan hak istimewa
orang melayu. Yam Tuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Empat juga
melahirkan rasa tidak puas hati kepada Mac Michael. Sultan Abdul Aziz
(Perak) juga meminta kepentingan orang melayu dipelihara.
- Setelah
sultan-sultan menandatangani perjanjian dangan Mac Michael dan setelah
bantahan hebat orang melayu beberapa orang sultan telah membuat bantahan
kepada kerajaan British. Sultan Badlishah (Kedah) telah menghantar kawat
kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan. Baginda mengecam perjanjian baru
dan cara Mac Michael berunding dan mengugut.
- Baginda
menganggap perjanjian yang ditandatangani tidak sah kerana dipaksa. Pada
30 Januari 1946, Sultan Abdul Aziz (Perak) menghantar protes kepada Lord
Marchwood dan Lord Elibank.Sultan-sultan telah bersatu secara tidak rasmi
dibawah Sultan Kedah Dan Perak.
- Ekoran
daripada itu, sultan Kelantan, Selangor, Yam Tuan Besar Negeri Sembilan
Dan Raja Perlis juga menulis petisyen kepada kerajaan British. Bagi
menunjukkan perpaduan Sultan Perak, Kedah, Pahang, Selangor dan Yam Tuan
Besar Negeri Sembilan menghantar petisyen bersama kepada Hall.
Sultan-sultan tidak membantah dasar British tetapi mahu kepentingan orang
Melayu dipelihara.
(c)
Pertubuhan-pertubuhan Melayu
- Pertubuhan-pertubuhan
Melayu yang wujud sejak sebelum Perang Dunia Kedua atau selepas British
kembali berkuasa telah menghantar petisyen bantahan ke Pejabat Tanah
Jajahan. Surat bantahan yang panjang dihantar oleh Persatuan Melayu dari
Kedah dan Perlis.
- Selain
menghantar surat bantahan pertubuhan-pertubuhan Melayu juga melancarkan
tunjuk perasaan. Antara tunjuk perasaan yang terbesar dilakukan di Kota
Bharu pada 15 Disember 1945. Tunjuk perasaan ini dianjurkan oleh Kesatuan
Melayu Kelantan dan disertai oleh 10ribu orang sebagai membantah
kedatangan Mac Michael.
- Persatuan
Melayu Kedah melancarkan tunjuk perasaan Alor Setar pada Januari 1946
dengan disertai 50 ribu orang. Tunjuk perasaan dianjurkan sekali lagi pada
bulan berikutnya.Persatuan-persatuan Melayu bukan sahaja menentang Malayan
Union tetapi juga turut mengkritik sultan-sultan yang menandatangani
perjanjian Baru.
- Persatuan
melayu di Johor mengkritik Sultan Ibrahim yang menandatangani perjanjian
tanpa persetujuan Majlis Mesyuarat Negeri. Ini dianggap bertentangan
dengan perlembagaan negeri. Antara tokoh penentang di Johor termasuklah,
Dato’ Abd. Rahman Mohd Yassin, Haji Hassan Yunus, Dr. aAwang Hassan dan
Dr. Hamzah Hj. Taip.
- Dalam
jangka waktu 1945-1948 terdapat beberapa kumpulan radikal melayu sama ada
pro atau anti-Malayan Union. Sekumpulan Melayu yang masih memperjuanglan
gagasan Indonesia/ Melayu Raya telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM). PKMM diilhamkan daripada Parti Nasionalisme Indonesia
pimpinan Sukarno.
- Dalam
kongres tahunan yang diadakan di Ipoh pada 30 November 1945, PKMM
menggariskan lapan garis perjuangan. Garis perjuangan PKMM selari
dengan PKM. Ini tidak menghairankan kerana Pengerusi PKMM iaitu
Makhtaruddin Lasso sememangnya aktivis komunis Indonesia. Anggota
PKMM terdiri daripada bekas ahli KMM dan KRIS. PKMM menyokong konsep
‘union’ yang dianggapnya lebih radikal dan bersifat republik. PKMM
menuntut kemerdekaan dan Dewan Perwakilan yang dipilih. Parti ini
menerbitkan akhbar Pelita Malaya danSuluh Malaya.
PERPADUAN MELAYU
- Pada
awalnya, pertubuhan melayu tidak bersatu untuk menentang Malaya Union dan
perpaduan tidak menguntungkan ke arah pan Melayu Malaya. Editor
akhbar Majlis, Mohd Yunus Hamidi mencadangkan supaya Dato’
Onn Jaafar dilantik menjadi pemimpin kongres Melayu Se-Malaya
manakala beliau yang juga setiausaha Persatuan Melayu Selangor ditugaskan
untuk mengajak persatuan-persatuan lain menerima Dato’ Onn.
- Dato’
Onn memulakan kempennya menentang Malayan Union di Johor menerusi
pertubuhan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor. Akhbar Warta
Negara mencadangkan satu kongres Melayu diadakan bagi mengatasi
masalah perpecahan Melayu. Salah satu cadangan mengatasi masalah
perpecahan dan ke arah perpaduan, orang Melayu memerlukan kepimpinan yang
kuat. Orang yang ditunjuk untuk mengetuai orang Melayu ialah Dato’ Onn.
Ini dicadangkan oleh editor akhbar Majlis pada 12 Januari 1946.
- Dato’
Onn mencadangkan supaya Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Melaka kerana
dianggap tempat paling bersejarah. Namun ramai yang mencadangkan Kuala
Lumpur sebagai tempat persidangan kerana lebih sesuai dari segi kemudahan.
Jawatankuasa Kongres dipilih daripada Persatuan Melayu Selangor dan
dipengerusikan oleh Zaaba. Kongres Melayu Semenanjung diadakan pada 1
Mac 1946 selama 4 hari di Kelab Sultan Sulaiman yang dipengerusikan oleh
Hishamuddin. Seramai 200 orang perwakilan yang mewakili 41 pertubuhan yang
hadir.
- Kongres
menekankan dua perkara. Pertama, usaha menubuhkan Pergerakan
Kebangsaan Melayu dan Kedua ialah, kempen menentang Malayan
Union. Semua perwakilan bersetuju jika rancangan Malayan Union
digagalkan maka pembentukan organisasi kebangsaan yang berkesan
diperlukan. Dan matlamat ini akan hanya dicapai melalui perjuangan.
- Dato’
Onn telah dilantik sebagai Pengerusi Kongres. Seorang perwakilan,
Dato’ Hamzah Abdullah mencadangkan nama “Pertubuhan Melayu Bersatu”.
Cadangan ini disokong oleh Tuan Mohd Arus Lafaz dan meminta ditambah
perkataan “Kebangsaan”. Kongres bersetuju dengan nama “Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu” atau ringkasnya PEKEMBAR. Bagaimanapun
pertubuhan ini lebih dikenali sebagai UMNO. Sebuah jawatankuasa dibentuk
untuk merangka peraturan dan perlembagaan.
- Apabila
Kongres kedua diadakan di Johor Bahru pada 11 dan 12 Mei, penubuhan UMNO
diterima.Dato’ Onn dilantik sebagai presiden dan Panglima Bukit Gantang
sebagai Pemangku Setiausaha. Dalam kongres ini, enam resolusi diputuskan
berhubung dengan perlembagaan. Kongres telah menghantar telegraf kepada
Perdana Menteri Britain dan kumpulan-kumpulan yang bersimpati di
England.Sehari sebelum Malayan Union dirasmikan dan pelantikan gabenor,
pemimpin-pemimpin kongres Melayu mengadakan sidang tergempar dan merancang
memboikot pelantikan gabenor.
- Sultan-sultan
yang menginap di Hotel Stesyen, Kuala Lumpur untuk hadir di upacara rasmi
pelantikan gabenor didatangi oleh pemimpin-pemimpin kongresdan
baginda-baginda telah bersetuju untuk tidak hadir di upacara yang diadakan
pada 1 April.
SOKONGAN MELAYU
- Kempen
orang Melayu menentang Malayan Union mendapat simpati daripada beberapa
orang bekas pegawai MCS yang penting. Banyak telegram dihantar kepada
pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapat sokongan. Antara mereka yang
bersimpati termasuklah Frank Swettenham dan Richard Windstedt. Kedua-dua
mereka berpendapat pentadbiran Tanah Melayu sebelum peperangan telah
memberi sumbangan yang besar.
- Oleh
itu, perubahan struktur yang terlalu besar tidak diperlukan. George
Maxwell yang mulanya menyokong Malayan Union kemudiannya menentang apabila
detail tentangnya dikeluarkan. Dua perkara yang tidak disenangi ialah soal
kewarganegaraan dan bentuk kesatuan.
- Bantahan-bantahan
di London menyebabkan Pejabat Tanah Jajahan menjemput bekas-bekas pegawai
untuk berbincang. Mereka mewakili pro-Melayu, Cina dan berkecuali.
Kuampulan pro-Melayu lebih ramai dijemput termasuklah Laurence Guillemard,
Andrew Caldecott, R.O Winstedt, Sir Cecil Clementi, Frank Swettenham dan
George Maxwell.
TAMATNYA MALAYAN UNION
- Akibat
bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans
dan Lt. Col. D.R. Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu.
Setiap tempat yang mereka lawati disambut dengan tunjuk perasaan
anti-Malayan Union. Kerajaan British kemudiannya bersetuju berunding
dengan wakil-wakil sultan dan UMNO dalam usaha merangka satu persekutuan
baru. Skim persekutuan yang dicadangkan menamatkan Malayan Union.
2.2 PEMBENTUKKAN MALAYSIA
- Pada
fakta awalnya, idea penubuhan MALAYSIA ini dicetuskan oleh Tunku Abdul
Rahman dalam satu majlis Jamuan Persatuan Wartawan-wartawan Luar negeri
Asia tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Idea itu
kemudiannya berjaya direalisasikan kemudiannya pada 16 september
1963. Penggabungan 11 negeri di Tanah Melayu dan dua buah
negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
- Ini
turut menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia
iaitu Akta Malaysia 1963 dan juga syarat-syarat penyertaan dan peraturan
perlembangaan terhadap Sabah, sarawak yang dikenali sebagai syarat 20
Perkara. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan
negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu
gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah
negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.
- Namun
begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan
penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh
penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk
persekutuan bagi menjamin kepentingan negeri-negeri Melayu termasuk Sabah,
Sarawak yang pertama kali bergabung dengan Malaysia
- Peringkat
awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri
iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura
pada bulan Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari
1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah
mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan
beberpa syarat am untuk Persekutuan.
- Sebuah
suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu
Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada
bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu
bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato'
Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah
Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British.
- Tujuan
penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah
dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum
dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.
- Hasil
daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk
Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri
daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah
suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang dan menerima tidak kurang dari
2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli
mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan
pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama,
kesatuan sekerja dan sebilangan besar orang ramai.
- Majoriti
rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa
Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.
- Suruhanjaya
Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada
dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru.
Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan
negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan
mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo
terjamin.
- Oleh
itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk
meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili
oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka
terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa
Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang
diberi tugas untuk menyusun perlembagaan Persekutuan yang baru dan
perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.
- Jawatankuasa
ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul
Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa,
Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan
Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal
perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk
kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.
- Sementara
Sabah dan Sarawak mula mengkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang
munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum
memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia
merupakan syarat-syarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan
syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian
Malaysia.
Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan
Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
- Tuntutan
20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO
United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan
isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan
Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama,
bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan
Bumiputeranya.
Perkara satu - Agama -Di dalam
tuntutan 20 perkara disebut:
- "
walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi
Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu,
hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."
- Setiap
orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan
agama adalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan
menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agama dan memperolehi serta
memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas
juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan
undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.
- Bagi
menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi
bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka
peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan
masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam
perlembagaan)
- "
bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa
Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari
Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk
semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya.
( 20 perkara-16) berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya
menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk
temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak.
- Sementara
itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk
semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan.
syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat
dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana
bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan
pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.
Perkata tiga- Imigrasi
- "
kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah
terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara
perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh
mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri
kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa
yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan
kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang
bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara.
- imigrasi
hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah
digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara
tertentu, seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah
diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan.
- Undang-undang
ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan
negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang
tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan
lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja
dengan Persekutuan di Borneo Utara.
- Perkara
ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya
peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh
orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana
peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang
mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang
bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Perkara empat - Pelajaran
- "
sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan
dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."Pelajaran sebenarnya
hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem
pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini
dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah
kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada
kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda
sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.
Perkara lima - Perkhidmatan Awam
- "
Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan
dengan secepat mungkin"
- Tuntutan
20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo
Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini
adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan
Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana
kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .
- Dalam
perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan
awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri,
pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja,
penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam
perkhidmatan awam.
- Selain
itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di
tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di
negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai
dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan,
tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa
persetujuan mereka.
Perkara enam– Kerakyatan
- "saranan-saranan
dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi
hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk
kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I)
tidak harus mengandungi
peruntukan
menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan
kepada undang-undang kita,
perenggan
kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada
sepuluh
tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii)
seharusnya tidak mengandungi
sekatan berhubung
dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang
yang lahir di Borneo
Utara selepas Malaysia mestilah menjadi
warganegara
persekutuan .
- Berdasarkan
syarat kerakyatan yang dikemukakan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk
menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad
sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.
Perkara tujuh- Dewan Undangan
Persekutuan
- "
ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara
tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang
daripada Singapura."
- Dalam
perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja
diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan
prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada
Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih
2 orang ahli Dewan Undangan Negara.
- Sebagai
tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang
lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari
Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di
antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk
Sinagapuara)
Perkara lapan- Perlembagaan
Negeri-negeri.
- "ketua
-ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak
rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo
Utara,"
Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
- Pembahagian
kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9,
perlembaggaan Malaysia:
Senarai 1
: Di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2
: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A:
Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri
di Borneo
Senarai 3
: Di bawah kuasa bersama
Senarai 3A:
Tambahan kepada senarai bersama bagi
negeri-negeri Borneo.
- Pembahagian
kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan
Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal
ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan
jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan
kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan
dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari
kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.
- Sementara
Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti
undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian,
hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi
perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan
masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan
bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan
kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.
Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan
Bumiputera
- Pada
prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak
istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak
semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.
- Hak
kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam
termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini
memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan
orang Melayu di bawah perkara 153.
Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa
Peralihan
- "tempoh
peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan
hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak
sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan
Persekutuan."
- Perkara
ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan.
tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di
bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk
membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah
supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana
mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri
sebelum penubuhan Malaysia.
Perkara dua belas- Undang-undang masa
Kini
- "undang
-undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja
dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah
dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang
peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa
tertentu."
- Perkara
ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di
Borneo Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah
dijalankan walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah
atau dipinda oleh mana-mana kuasa tertentu.